Ziarah Kubur: Aktiviti Semasa Cuti Sekolah Anak-Anak

Aktiviti wajib kami bila balik kampung…
Saya wajibkan anak2 semua datang ke sini…

Sebelum tidur dah bagitau siap2 anak2 kita akan ke kubur awal pagi esok
Jadi pagi2 dah tahu perlu bersiap cepat2

Pergi ke kubur perlu awal pagi untuk elakkan panas
Bila panas macam2 ragam deme ni

Biasanya kul 8.30 pg kami dah bertolak
Dah siap2 makan badi bungkus

Sikakak dan sikecik memang belum bangun…so angkut masuk keta
Sampai kat kubur..baru bangun

Masuk kawasan kubur…sama2 bagi salam
Sama2 ngaji..
Abg ngah xfasih….baca Al Fatihah

Sama2 cabut rumput
Sambil2 bercerita…
Kita pun akan ke sini
Tak tahu cepat atau lambat
Tok we tahu kita datang….
Tok we suka kita datang…
Kita pasti akan datang lagi…
InsyaAllah…

Allah…lihat kepada tanah perkuburan ini….dah lama waris tidak datang
Hingga kubur rumput panjang…

Ziarah kubur bukan pada hari perayaan saje
Jadikan sebagai aktiviti anak2 semasa cuti sekolah

Adakah anak2 kita sudi ziarah kita bila kita di sini jika tempat ini asing bagi mereka

Mati itu pasti!
Doa anak2 adalah saham kita di alam sana
Ajar doa ibu bapa pada anak2 dari sekarang

#tipsdidikanak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge