Tips Untuk Menjadi Orang Yang Cemerlang

Adakah kita seorang yang cemerlang?adakah kita nak jadi orang yang cemerlang?Jawapan ada pada kita…jom lihat apakah ciri-ciri orang yang cemerlang dalam pelbagai bidang

Kata dr fadzilah kamsah
” prestasi dan pencapaian kita pada masa akan datang adalah ditentukan oleh tindakan kita hari ini ”
Untuk jadi cemerlang kita perlu tukar pandangan,ideologi dan fikiran kita kepada positif. kita kena yakin Allah ciptakan kita sebaik baik keadaan boleh rujuk ayat 4.surah at-tiin . “sesungguhnya kami menciptakan dalam bentuk yang sebaik-baiknya”

 

Jadi kat sini, Allah telah menciptakan kita siap sedia menjadi cemerlang . Cuma kita yang tidak mampu nak menyerlahkan kecemerlangan kita.
Kecemerlangan akan tercipta apabila manusia biasa seperti kita dari keluarga yang biasa, kecerdasan yang biasa dan berada di mana sahaja ini berusaha dengan luar biasa
Highlight kat situ berusaha dengan luar biasa

 

Usaha Luar Biasa

1- strategi dan teknik sebagai alat berkesan utk capai kejayaan. bila kita buat strategi dan teknik tertentu kita kena praktis kan sehingga dia sebati dengan kita . contohnya kita update blog . kita perlu sentiasa buat. Biar kita rasa kalau ada sehari tak buat kita rasa tak lengkap

2– miliki motivasi yang tinggi
untuk jadi cemerlang kita perlu gambarkan kecemerlangan tu dulu dalam minda kita.kawal tindakan dan rangsangan kendiri ( self motivation) agar bentuk dorongan yang tinggi. sebagai contoh bila kita tengok gambar orang yang berjaya pergi bercuti… kita pun nak juga. kita bayangkan kita pergi sana macam dapat trip shaklee macam mereka. jadi kita perlu usaha lebih untuk cemerlang macam mereka. Boleh guna teknik rca juga

3-focuskan fikiran
kita mesti focus setiap tugasan kita setiap hari dan matlamat yang kita nak capai. fikiran tak boleh cabang cabang dengan masalah dan aktiviti lain masa tu. Tumpuan sangat penting untuk capai apa yang kita nak. sebagai contoh masa update blog tumpu sepenuhnya jangan pula update blog sambil menonton drama. hehehe.

contoh lain lagi. kita terfikir aku buat artikel ni, share kat fb ni, share kat ig ni ada ke orang nak baca? ok ker? sila campak jauh jauh perasaan ni. tugas kita buat je dan buat teknik up.

4- hadapi kesusahan dengan tabah
Kejayaan bukan datang bergolek dan lenggang kangkung datang dengan mudah
Nak berjaya kita perlu usaha dengan bersungguh sungguh. jatuh sekali tak bermakna kita jatuh lagi.
tiada sale sehari .. esok lusa pasti sale datang berlori lori. yang penting kita tak give up dan tabah..

Dr fadzilah kamsah kata
“dalam hadapi kesusahan paksa diri kita,bukan manjakan diri kita”

paksa diri kita bangkit balik. bukan layan emosi give up dan stop bershaklee.. rugiii

tips dr fadzilah yang terkakhir ialah

5- rangsang minda
rangsang minda kita untuk cemerlang
# tulis perkara positif setiap hari
# berkawan dengan kawan yang positif
# sentiasa rangsang orang lain jadi hebat
#baca buku motivasi
#catat kata motivasi, kata hikmah dan baca
# sentiasa berzikir, doa

Nak cemerlang kena ikut kata orang yang cemerlang. Nak berubah jena ikut orang yang dah berjaya berubah. Pilihan di tangan kita..tepuk dada, tanya akal.

Kredit:

Aizah Azlem

www.butiksihatcomel.com

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *