Tips Rawat Patah Tulang Agar Cepat Sembuh

Pernahkah anda mengalami patah tulang? Malang tak berbau…ianya boleh berlaku kepada sesiapa saja…jatuh dalam bilik air pun boleh menyebabkan patah tulang, apatah lagi kalau kemalangan.

patah tulang

Jika nak senaraikan sebab2 berlakunya patah tulang, memang banyak…jadi setiap pergerakan perlu beringat kecuali yang telah berlaku redha saje lah.

Bila berlaku patah tulang,memang sangat memberi kesan kepada pergerakan kita seharian. Apatah lagi jika melibatkan tulang2 penting seperti peha, tangan dan bahu. Penyembuhannya mengambil masa yang agak lama berminggu2  hingga berbulan2.Untuk ianya kembali normal, kuat seperti biasa perlu kesabaran yang tinggi.

Penyembuhan Patah Tulang

Berdasarkan artikel  Dr Zubaidi haji Ahmad, tulang yang patah akan sembuh melalui 3 proses secara serentak:

  1. Pembengkakan (inflamasi)
  2. Penyingkiran sel-sel tulang yang rosak
  3. Pembentukansemula tulang yang baru

Proses pembengkakan mengambil masa beberapa hari. Pembekuan darah akan berlaku di tempat yang patah bagi memberikan kestabilan kepada struktur dan rangka awal tulang yang baru. Kemudian sel-sel tulang yang rosak beserta darah beku tadi dikeluarkan bagi memberi ruang kepada sel-sel tulang baru yang kuat dan kaya dengan kalsium

Sememangnya diketahui untuk sembuh sepenuhnya agak rumit dan mengambil masa. Tambahan pula bergantung kepada faktor umur pesakit, tempat patah, wujudnya penyakit kronik yang melambatkan penyembuhan, status pemakanan dan lain-lain faktor lagi.

Orang tua kita sangat jaga pantang bila berlaku patah tulang. Sebenarnya terdapat beberapa nutrisi penting agar patah tulag cepat sembuh

Nutrisi Yang Membantu Patah Tulang Sembuh Cepat

  • Kalsium

Kalsium memang penting untuk tulang.  Diet  yang kaya dengan kalsium ialah susu, pisang, yogurt, tauhu dan sayur-sayuran seperti brokoli dan lobak. Terdapat juga makanan lain yang kaya dengan kalsium. Yang penting pengambilan secara konsisten

  • Vitamin D

Vitamin D penting untuk penyerapan terbaik kalsium. Cara yang paling mudah pengambilan vitamin D ialah berjemur di bawah sinaran mentari sebelum panas membahang. Selain itu vitamin D dapat diperolehi daripada kuning telur,minyak ikan atau daging.

  • Vitamin K

Vitamin K penting untuk penyembuhan tulang. Ia berfungsi memperkuat osteocalcin iaitu komponen protein penting pada tulang. Ini akan mempercepat penyembuhan tulang yang patah atau retak. Vitamin K boleh diperolehi daripada  brokoli, telur, ikan , hati dan lain-lain lagi.

  • Nutrisi lain

Nutrisi lain sepert vitamin C dan magnesium. Makanan yang mengandungi nutrisi ini ialah sayur-sayuran dan buah -buahan..Kombinasi nutrisi-nutrisi ini melengkapkan jumlah nutrisi yang diperlukan oleh pesakit patah tulang.

Supplemen Untuk Patah Tulang

Set supplemen shaklee untuk merawat Patah Tulang Yang Disarankan

  • esp

Esp merupakan sumber protein soya terbaik. Protein diperlukan oleh tubuh badan kita untuk membina semula tulang yang patah dan retak. Disamping itu juga,serbuk protein ini juga membantu bagi pertumbuhan sel-sel baru bagi menggantikan sel tulang yang telah rosak atau mati.

  • ostematrix

Ostematrix mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Sememangnya ostematrix sesuai untuk merawat patah tulang. Pengambilan secara  konsisten akan mempercepat penyembuhan .

  • vit c

vitamin C membantu dalam penyembuhan luka dalaman. Sedia maklum vitamin c sangat-sangat diambil setiap hari untuk kecergasan setiap hari yang membantu penyembuhan patah tulang.

Selepas 6 bulan disarankan mengambil

  • Advanced Joint Tablet (AJHT)

AJHT menggalakkan keselesaan sendi dan tulang, meningkatkan kesan kusyen, meningkatkan funsi sendi dan menyokong kesihatan sendi untuk jangka masa yang panjang

  • vitalea

vitalea mempunyai nutrisi lengkap, termasuk vitamin k yang mengurangkan risiko tulang rosak

  • omega

Omega guard boleh melambatkan degradasi tulang rawan pada sendi, memmbaiki sendi yang tercedera akibat patah. ia jga bertindak sebagai pelincir dan membantu untuk bergerak dengan lebih senang.  Bonus pengambilan omega guard ini ialah memelihara kesihatan jantung serta mampu mengawal kolesterol dalam darah

 

Sakit yang kita alami datang nya dari Allah. Allah jua yang menyembuhkannya. Yang penting kita berikhtiar untuk merawatnya. Belum cuba…belum tahu.

entri berkaitan

Set Sendi

Atasi Gout

whatsap: 019 965 6193

FB: Wan Norasiah

Fanpage: Rahsia Ummi

COD: Kampar – Gopeng – Batu Gajah – Pengkalan –  Simpang Pulai – Ipoh

4 comments for “Tips Rawat Patah Tulang Agar Cepat Sembuh

  1. November 14, 2015 at 10:02 pm

    Patah tulang memang menyeksakan. Sangat sakit dan menyukarkan pergerakan. Dah rasa dulu!

    • Mrs Wan Norasiah
      February 24, 2016 at 10:34 pm

      Hanya pernah rasa tahu seksanya…

  2. November 15, 2015 at 7:07 am

    Nice sharing…

    • Mrs Wan Norasiah
      February 24, 2016 at 10:33 pm

      Tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge