Tips Atasi Morning Sickness

Pengalaman pertama berbadan dua memanglah satu pengalaman yang sangat manis. Tambah2 kalau dah lama menunggu kehadiran cahaya mata. Namun kebiasaannya pengalaman manis ini akan disusuli dengan morning sickness.

morning sickness

Morning sickness adalah alahan semasa mengandung. Jangan salah faham, morning sikness ini  bukan alahan pada waktu pagi saje… tak kira berlaku pada bila masa dan tempoh morning sickness ini berbeza-beza. Ada yang hanya dalam tempoh 3 bulan pertama saje dan ada sehingga bersalin. Pernah kah anda mengalami mornng sickness? Bagi ibu yang pernah mengandung, alahan ini telah menjadi perkara biasa. Bagi yang teruk sehingga terpaksa masuk wad. Jangan rasa pelik sebab ada juga ibu yang diberi keistimewaan tidak mengalami morning sickness sepanjang kehamilan.

Terdapat beberapa tips untuk megurangkan gejala morning sickness ini. Kita berikhtiar, insyaAllah akan dipermudahkan proses kehamilan

Tips Atasi Morning Sickness

  • Makan biskut

Jangan biarkan perut masuk angin. Bila masuk angin cepat  rasa nak muntah. Pastikan bekalan biskut sentiasa ada untuk mengalas perut. Semestinya biskut itu adalah mengikut selera kita

  • Makanan ringan

Makanan ringan yang lain juga boleh diganti dengan biskut contohnya pop corn, keropok atau kekacang. Pastikan makanan ringan itu yang berkhasiat

  • Snek

Kadang2 ibu2 teringin nak makan snek. Pilih snek yang rasa oleh dimakan dan menggantikan makanan sementara menunggu masa makan tengahari atau makan malam

  • Makanan pencegah loya

Biasanya ibu mengandung susah untuk menerima makanan yang bersantan. Jadi elakkan makanan yang boleh mendatangakan kemudaratan. Setiap ibu akan tahu makan apa yang boleh masuk mulut atau tidak

  • Halia

Halia bagus untuk buang angin. Saya  biasa jadikan asam halia sebagai pencuci mulut. Biasanya selepas makan kita terasa-rasa makanan tersebut, jadi untuk elakkan keadaan yag tidak selesa boleh ambil asam halia

  • Asam

Asam atau jeruk memang tidak bagus untuk ibu mengandung. Tetapi untuk melepas gian sekali sekala boleh ambil dalam jumlah yang sedikit. Seelok-eloknya buat sendiri jeruk mangga atau jeruk apa2 yang boleh menjamain bahan yang digunakan

  • Elakkan makanan berminyak

Seboleh-bolehnya elakkan makanan berminyak. Makanan ini akan menyebabkan ibu cepat muak terhadap makanan tersebut. Ini akan menghalang selera makan

  • Air

Air sangat penting. Jika keadaan ibu yang tak boleh makan semua makanan, air amat penting untuk memberi tenaga kepada si ibu. Sebaik-baiknya air putih atau air masak, namun jika tak boleh nak telan air ini boleh campur dengan glukos. Pastikan bekalan air sentiasa ada

  • Elak minum semasa makan

Ibu yang tidak mengandung pun dilarang minum semasa makan. Bagi ibu mengandung bagi memastikan mendapat cukup nutrien, perlu elak minum semasa makan. Jika tidak, ibu akan cepat rasa kenyang dengan air saje

  • Keadaan selesa

Pastikan ibu sentiasa dalam keadaan selesa sama ada dari segi pakaian, emosi dan kedudukan. Keadaan ini penting sebab kadang2 ia mempengaruhi selera makan

  • Jauhkan dari bau yang tidak menyenangkan

Ibu2 akan tahu bau apa yang tak boleh dihidu. Jadi elakkan dari awal lagi bau yang meloyakan. Ada yang tak boleh bau cik abang…huhu..sabar je la…Bagi cik abang pakai minyak cap kapak…heheh mesti boleh punyer

  • Tidur

Pastikan ibu hamil mendapat tidur yang cukup. Tapi terlebih2 tidur. Yela mentang2 tak boleh masak…tak boleh itu..tak boleh ini…ambil peluang tidur. Itu sebenarnya tak bagus untuk perkembangan bayi dan   mak bayi juga. ibu perlu aktif supaya anak nanti lahir aktif

  • Pil pencegah muntah

Ada jugak kalau pergi klinik doktor bagi pil pencegah muntah. Tapi bagi saya seelok-eloknya elakkan. Kecuali terpaksa sangat. InsyaAllah semua kesengsaraan yang ditanggung ibu akan diberi ganjaran olehNya. Amin

  • Kurma

Kurma memang diakui sangat2 bagus untuk dimakan setiap hari. Mlaah ia adalah makan  sunnah. Bagi ibu yang tak lalu makan, dapatkan bekalan tenaga melaui buah kurma.

  • Vitamin

Shaklee ada menawarkan supplemen untuk mengurangkan morning sickness iaitu Peppermint Ginger Plus

peppermint gingerMempunyai 4 gabungan herba yang berkhasiat iaitu daun pudina, cekur manis, halia dan adas. Sangat la sesuai untuk ibu yang mengalami morning sickness

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya:

Whatsap /Sms 019 965 6193

FB : Wan Norasiah

SID : 908037

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge