Petua Hubungan Suami Isteri Semakin Hari Semakin Sayang Walaupun Dah Lama Kahwin

Suami Isteri: Semakin Hari Semakin Sayang

Wah….bahagianyer dengar ungkapan Semakin Hari Semakin Sayang bagi pasangan suami isteri. Adakah realiti kita sayangnya kepada suami atau sayangnya kepada isteri makin bertambah setiap hari??

rahsia-hubungan-suami-isteri 2

Awal-awal kawin terserlah sayang dan rindu….jalan pegang tangan, cakap pun tertib saje….namun tanpa disedari semakin lama usia perkahwinan…semakin dilupakan tanda-tanda kasih dan sayang dua insan yang bergelar suami isteri…

Kenapa jadi macam tu yer???

Mungkin dengan kehadiran anak2, suami isteri tidak berpeluang berjalan berpegangan tangan seperti dolu-dolu. Kesibukan bekerja, tidak ada masa  untuk bergurau senda atau sudah bila sudah lama bergelar suami isteri tiada lagi istilah bercinta selepas berkahwin….

Dalam membina kebahgiaan dan kasih sayang perlu kerjasama antara kedua belah pihak. Perlu give and take. Suami dan isteri kena sama2 membina dan memupuk kasih dan sayang itu.

Tips Semakin Hari Semakin Sayang

1.       Masak sendiri dan makan bersama

Nampak simple tapi ramai yang tak mampu nak buat…keluar pukul 7.00 pagi, balik pukul 7 malam,  nak masak…badan pun dah letih. Mudahnya beli saje atau makan makan di luar. Hakikatnya air tangan isteri mampu mengikat kasih sayang walaupun nasi telur goreng saje.  Apatah lagi kalau masak masakan kesukaan suami.

Makan bersama seisi keluarga memang saat2 yang harmoni. Anak2 gembira bercerita dan berbual di meja makan. Memang amalan inilah yang diamalkan oleh datuk nenek kita dari dulu lagi. Google je tips cara masak  mudah dan cepat….suami pun boleh buat…

 

2.       Jaga tempat tidur

Jangan pandang remeh keperluan batin suami isteri. Kepuasan seksual adalah perkara penting dalam sebuah perkahwinan. Bukan mula2 kawen je tunggu  malam menjelma….hari2 macam malam pertama…cheewah nak tahu pm kita kihkih…semua ada tips nak tak nak je..

3.       Jaga mulut

Ini penting terutama isteri..Jangan melawan cakap, jangan tinggikan suara,,, jangan berleter macam keretapi terhadap suami. Berdosa sememangnyer…suami bosan dengarnya.Suami isteri perlu sentiasa senyum dan bergurau sendi. Paling penting tidak memburukkan pasangan kepada orang lain

4.       Solat berjemaah

Tidak dinafikan solat berjemaah akan mengukuhkan kasih sayang suami isteri dan anak2. Inilah masa untuk sama2 berdoa agar dibei rahmah dan mawaddah dalam perkahwinan. Ingat tak sebelum kita kawen, kita nak bakal suami kita boleh   jadi imam. Bila dah kawen lupa angna2 tu yer…suami tak tahu…boleh belajar.

 

5.       Rumah sentiasa kemas, rumah ku syurgaku

Rumahku syurgaku…itulah ungkapan yang terbaik untuk memastikan semua ahli keluarga berada  di rumah. Kalau rumah dah macam syurga sememangnya ahli rumah suka dan tidak mahu berada di luar rumah. Syaratnya rumah perlu sentiasa kemas dan bersih. Sama2 bergotong royong untuk memastikan rumah sedap dipandang mata. Anak2 pun boleh tolong sama. Boleh tambah pewangi yang menyegarkan…..

6.       Riadah, berkelah dan bercuti

Perlu cari masa untuk keluar  beriadah….tak perlu berbelanja besar, sekadar keluar joging ke..berkelah ke atau ke taman2 permainan. Kalau ada bajet lebih boleh tempah hotel sambil jalan2 cari makan. Sekurang-kurangnya pada hari ulang tahun perkahwinan sekali setahun.

7.       Komunikasi

Didapati salah satu punca perceraian adalah disebabkan masalah komunikasi. Suami isteri perlu berkomunikasi dengan  berkesan. Sebelum kawen bergayut berjam-jam tak terasa lamanya…banyak  cerita hingga lewat malam, tapi malang bila dah kawen tanya sepatah, jawab sepatah. Kadang2 sunyi sepi bila duk dalam kereta. Jom ubah kepada suasana yang lebih ceria bukan memendam rasa atau berprasangka antara satu sama lain.

8.    Sihat dan Cergas

Suami isteri perlu sentiasa sihat dan cergas. Keadaan diri yang letih dan lesu tidak bagus untuk pasangan.  Badan yang cergas akan mendatangkan kegembiraan dan keceriaan seisi keluarga. Macam mana nak kekalkan kecergasan setiap hari?klik sini.

9.       Berdoa

Segala usaha yang dilakukan perlu disulami dengan doa. Berdoa agar diberikan kebahagian dunia dan akhirat. Hanya Dia saje yang berhak memberi yang terbaik untuk kita. insyaAllah kebahagian milik kita semua…Amin..

 

Banyak lagi sebenarnya tips untuk kebahagiaan dalam rumah tangga. Yang penting kita perlu melakukan untuk mendapat bahagia, ia bukannya datang begitu sahaja. Kasih sayang perlu dipupuk dan dibaja sentiasa agar segar dan mewangi selama-lamanya. Moga kita semua bahagia till Jannah..kipidap don givap!!!!

Jom share dengan suami masing2….kalau ada tips lain boleh kongsikan di sini

Artikel yang berkaitan:

Cara atasi letih dan lesu

set untuk suami dan isteri

whatsap : 019 965 6193

FB: Wan Norasiah

Fanpage: Rahsia Ummi

COD:   Kampar – Batu Gajah – Simpang Pulai – ipoh

 

3 thoughts on “Petua Hubungan Suami Isteri Semakin Hari Semakin Sayang Walaupun Dah Lama Kahwin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge