Sawan Tarik: Punca dan Cara Menghadapinya

Pernahkah anda merasai pengalaman anak demam tarik? Bagaimana penerimaan dan tindakan ketika itu. Apatah lagi jika keadaan ini pertama kali kena…Sebagai  ibu bapa kita inginkan yang terbaik untuk anak dan tidak mahu sesuatu byang buruk berlaku.

Ikuti pengalaman seorang ibu yang anak beliau diserang sawan

Ini pengalaman pertama bila anak “DEMAM TARIK” @ “Demam Sawan” waktu raisha kena tarik.. Rasa apa lah dah jadi ni. Kami suami isteri kelam kabut tak tentu arah bila melihat raisha jadi macam tu. Apa perkara yang patut perlu buat pun tidak tahu dan benda terlintas dalam fikiran bawa ke hospital je lah.

Mak bapak mana yang tak risau kalau melihat situasi anak masa tu terjadi seperti mata tengok atas (belalak) kaki tangan kejang mengigil lepas tu kacip gigi. Kita Panggil anak dia tak respon apa pun. Memang merisaukan sangat masa itu.

Waktu terjadi tarik @ sawan kat raisha pukul 1.50am masa tu suami baru lepas bagi raisha minum bila dia berdiri tetiba tarik @ sawan tu terjadi. Ini memang pengalaman pertama. Kami tak pikir apa- apa dah terus bergegas bawa ke hospital. Sesampai je hospital keadaan raisha dah makin beransur reda. Doktor memberi suntikan antibiotik dan check darah raisha. Sementara menunggu result darah raisha.

Doktor memberi penerangan tentang situasi yang berlaku pada raisha. Suhu yang terlampau panas boleh menyebabkam demam tarik@demam sawan.
Ini ada sedikit penerangan tentang demam tersebut

DEMAM SAWAN

Selalunya orang akan berasa takut melihat seseorang anak dalam keadaan sawan. Seorang bayi yang sawan tidak sedarkan diri, matanya selalu berpusing keatas dan seluruh badan serta kaki dan tangannya terasa keras dan seolah -olah menggilgil. Keadaan ini juga biasa dikenali sebagai tarik . Ramai di antara ibu bapa yang telah melihat bayi mereka mengalami tarik menyatakan yang mereka fikir bayi mereka hampir putus nyawanya .

Punca sawan di kalangan kanak -kanak yang kerap sekali terdapat ialah demam panas . Adalah dianggarkan yang sekurang -kurangnya satu peratus dari kanak – kanak mengalami demam sawan . Demam sawan juga merupakan satu sebab utama bagi ramai kanak – kanak masuk wad .

Sawan biasanya berlaku pada peringkat umur tiga bulan hingga tujuh tahun . Walaupun demam sawan boleh juga berlaku dikalangan mereka itu . Sawan yang berlaku dikalangan bayi – bayi yang berusia kurang dari tiga bulan lebih besar kemungkinannya disebabkan oleh punca – punca lain yang lebih serius seperti penyakit meningitis .

Demam sawan biasanya berlaku apabila suhu badan meningkat dengan tingginya . Sawan dikalangan bayi yang tidak ada kena mengena dengan demam merupakan sawan yang mungkin disebabkan oleh kerosakan otak , dan punca – punca metabolik seperti kekurangan glukos atau kalsium .

Biasanya bayi – bayi yang mendapat demam sawan hanya mengalami sekali sahaja dalam seumur hidupnya. Tetapi ada juga bayi – bayi yang masih terus mendapat demam sawan berkali – kali sehingga usianya tujuh tahun terutamanya jika dia tidak diberi ubat – ubat yang boleh mencegah sawan .

Kredit Fb:Hartieka Sahar

 

Punca Sawan Tarik

Sawan tarik berlaku disebabkan oleh suhu badan terlalu tnggi 400C dan penngkatan suhu secara mendadak. ia boleh berlaku pada bayi berumur 3 bulan sehingga 6 tahun.

Tindakan segera Ibu Bapa Bila Anak Kena Sawan Tarik

  • Jangan panik

ini adalah perkara utama. Ibu bapa jangan panik agar tindakan yang pantas dan tepat dapat dilakukan ketika kecemasan. Ibu bapa perlu kuat menghadapi keadan yang berlaku secara tiba-tiba.

  • pastikan anak selamat

tempatkan anak di tempata selamat. jauh dari segala benda tajam dan merbahaya yang boleh mencederakan anak anda

  • Posisi mengiring ke kiri

letakkan anaka anda dalam posisi mengiring ke sebelah kiri. posisi ini dapat mebgfelakkan anak terdcekik, tersedak air liur, lendir atau muntah yang mungkin berlaku semasa sawan

  • Jangan goncang atau pegang kuat anak

pegang anak dengan lembut dan jagan goncang. egangang yang kiuat boleh mencderakan otot atau tulang yang sedang mngeras semasawa sawan.

 

  • Jangan masukkan apa apa benda dalam mulut

dilarang memasukkan sebarang objek ke dalam mulutvanak anda. hal ini akan menyebabka objek patah dan tercekik semasa sawan

  • Perhatikan keadaan anak

perhatikan apa yang berlaku semasa anak sawan. pemerhatian senamng untuk menjawab persoalan doktor apabila mendapat raatan. teruskan bawa anak ke hospital untuk dapatkan rawatan segera. ibubapa juga boleh menggunakan tuala basah untuk menurunkan suhu badan anak.

Sebarang perkongsian boleh diajukan di wasap

 

Info menarik:

Demam sembuh tanpa ubat

Bantu anak yang tiada selera makan

Tiada lagi masalah sembelit anak

Anak genius, anak hebat

Sebarang perkongsian boleh diajukan di wasap

FB : Wan Norasiah

Tel: 0199656193

Daftar Ahli Untuk Harga Menarik

COD : Kampar – Gopeng – Batu Gajah – Simpang Pulai – Ipoh

 

 

4 comments for “Sawan Tarik: Punca dan Cara Menghadapinya

  1. August 16, 2018 at 12:25 am

    seramnya nii

    • Mrs Wan Norasiah
      August 16, 2018 at 2:57 pm

      yer..perlu tahu cara nak handle kan…

  2. KN
    August 16, 2018 at 9:49 am

    tq info puan. anak saya pernah kena demam tarik ni. Harap ia pertama dan terakhir

    • Mrs Wan Norasiah
      August 16, 2018 at 2:59 pm

      yer…kita nak yang terbaik untuk anak kita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge