Sakit Saraf: Tanda-Tanda, Punca dan Cara Rawatan

Sistem saraf bermula daripada otak sehingga ke saraf tunjang. Sama seperti pendawaian elektrik yang membekalkan kuasa elektrik ke seluruh bangunan, saraf menghantar isyarat maklumat ke seluruh tubuh badan manusia.

Menurut Dr Zubaidi:

SAKIT SARAF

Sakit saraf bukan saja melibat saraf yang berada di anggota tubuh seperti tangan dan kaki. Ia menyebabkan rasa kebas, tiada kekuatan untuk bergerak dan ada kalanya terasa sakit cucuk mencucuk.

Sakit saraf juga menyebabkan pesakit mengalami sukar bernafas, masalah penghadaman dan masalah penglihatan dan pendengaran.

Apa yang lebih merisaukan ia boleh menyebabkan rasa kemurungan, tidak bersemangat dan letih pada diri pesakit.

Fungsi elemen fizikal dan psychological telah terjejas. Usaha rawatan juga agak lama.

Harus bersabar memberikan sokongan dan rawatan.

Ada 3 jenis saraf dalam tubuh kita:

1. Saraf deria – Saraf ini menyampaikan maklumat dari kulit dan otot ke saraf tunjang dan otak kita. Maklumat ini kemudian diproses untuk membolehkan kita berasa sakit dan lain2 lg sensasi..

2. Saraf Motor – Saraf ini mengawal pergerakan dan tindakan kita dengan menyampaikan maklumat dari otak dan saraf tunjang ke otot kita.

3. Saraf autonomik – Saraf ini mengawal aktiviti seperti kadar jantung, tekanan darah, penghadaman, dan pengawalan suhu.

Tanda-tanda Kerosakan Saraf

Bila berlaku kerosakan pada saraf, biasanya kita akan alami tanda2 berikut.

1. Kerosakan pada saraf deria
– sakit mencucuk
– sangat sensitif pada sebarang sentuhan
– rasa kebas dan kesemutan

2. Kerosakan pada saraf motor
– hilang keseimbangan badan
– otot lemah dan hilang kawalan otot
– kekejangan otot

3. Kerosakan pada saraf autonomic
– rasa pening semasa dalam keadaan berdiri
– kadar denyutan jantung yang tidak normal/sesak nafas semasa melakukan aktiviti fizikal
– peluh berlebihan atau kurang berpeluh
– masalah penghadaman
– masalah pundi kencing
– masalah penglihatan

 

Punca Kerosakan Saraf

1. Penyakit autoimun spt sclerosis, sindrom Guillain-Barre (keadaan yang jarang berlaku di mana sistem imun menyerang saraf periferal), myasthenia gravis, lupus, dan penyakit radang usus.

2. Kanser. Kanser boleh menyebabkan sakit saraf dan kerosakan saraf di dalam pelbagai cara. Terdapat beberapa jenis kanser yang menyebabkan kekurangan nutrisi yang secara tidak langsung memberi kesan kepada fungsi saraf.

3. Saraf terhimpit/trauma. Apa-apa sahaja yang menyebabkan trauma (termasuk pembedahan) atau saraf terhimpit akibat tumor atau masalah lain boleh menyebabkan sakit saraf dan kerosakan saraf.

4. Diabetes. Hampir 70% daripada penghidap diabetes mengalami kerosakan saraf.

5. Kesan sampingan ubat dan bahan-bahan toksik. Ubat-ubatan, seperti kimoterapi untuk kanser dan ubat-ubatan tertentu yang digunakan untuk merawat HIV dan juga bahan-bahan toksik termasuk plumbum, arsenik dan merkuri, boleh menyebabkan kerosakan pada saraf.

6. Penyakit neuron motor. Neuron motor adalah saraf di dalam otak dan tulang belakang yang berkomunikasi dengan otot seluruh badan anda. Penyakit-penyakit yang menjejaskan saraf ini, termasuk sklerosis lateral amyotrophic, juga dikenali sebagai ALS atau penyakit Lou Gehrig, boleh menyebabkan kerosakan saraf menjadi semakin teruk.

7. Kekurangan nutrisi. Kekurangan nutrien tertentu, termasuk vitamin B6 dan B12, boleh menyebabkan sakit saraf dan kerosakan saraf.

8. Penyakit berjangkit. Penyakit berjangkit tertentu mempunyai keupayaan untuk memberi kesan kepada saraf dalam badan. Ini termasuk penyakit Lyme, virus herpes, HIV dan hepatitis C.

 

Rawatan Sakit Saraf atau Kerosakan Saraf

– bersenam

Semestinya senaman sangat membantu dalam apa jua masalah kesihatan. Orang yang sihat pun digalakkan bersenam sekurang-kurangnya 2kali seminggu, apatah lagi oarang yang kurang sihat. Cuma kena amalkan senaman yang sesuai keadaan kesihatan

– makan makanan yg berkhasiat

Perut merupakan punca segala penyakit. Itu sebab Rasulullah amalkan makan bila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makan pula bukan sebarangan. Pastikan makannan yang diambil berkhasiat dan diamkan secara sederhana

– kekalkan berat badan sihat

Yer…berat badan sangat penting. Lebih berat badan akan mengundang pelbagai masalah.Banyak sekarang program untuk kekalkan berat badan secara online. Yang penting perlu konsisten dan disiplin

– boleh cuba rawatan akupunktur

rawatan akupunktur sebagai rawatan alternatif boleh membantu masalah saraf. Sakit saraf dapat dikenalpasti di mana sakitnya. Akupuntur sangat sesuai untuk dicuba

– pengambilan suplemen yg sesuai..

Supplemen adalah makanan tambahan untuk sel dan saraf. pengambilan nutrisi yang mencukupi membntu kurangkan sakit saraf

Supplemen Untuk Atasi Kerosakan Saraf

Vivix
Mengandungi resveratrol dan polifenol yang kaya dengan antioksidan di mana dapat bantu melindungi sel saraf dari kerosakan akibat radikal bebas. Ramuan Vivix juga dapat bantu memperbaiki sel-sel saraf yang rosak.

B compleks
mengandungi kesemua vitamin B termasuklah B6 dan B12 yang penting untuk kesihatan saraf. Kombinasi Vitamin B12 dan B6 dapat perbaiki simptom dan mengekalkan kesihatan saraf di bahagian tangan dan kaki.

Ostematrix
mengandungi Vitamin D yang dapat bantu melegakan sakit saraf.
Magnesium pula membantu dalam pembekuan darah dan fungsi otot dan saraf yang normal.

Omegaguard
membantu mengurangkan keradangan sel dan melegakan kesakitan. Juga membantu perbaiki aliran darah ke saraf.

Lihat video seorang ibu yang mengalami banyak masalah kesihatan termasuk sakit saraf

 

Apalah sangat nilai wang jika kita ada masalah kesihatan. Nak menjalani kehidupan seharian semestinya terganggu. Laburkan sedikit duit untuk kesihatan sangat lah berbaloi. Itulah kata -kata ‘ sihat itu mahal’ . belum cuba belum tahu.

boleh lihat beberapa testimoni Sakit Saraf

jika anda ada sebarang pertanyaan boleh hubungi saya. klik saje untuk berhubung melalui wasap.

 

klik saje di sini untuk ordel online untuk sakit saraf

Boleh order vivix di sini juga

 

FB : Wan Norasiah

Tel: 0199656193

Daftar Ahli Untuk Harga Menarik

COD : Kampar – Gopeng – Batu Gajah – Simpang Pulai – Ipoh

 

2 comments for “Sakit Saraf: Tanda-Tanda, Punca dan Cara Rawatan

  1. November 25, 2017 at 11:11 am

    sy alami 2 masalah saraf iaitu deria dan autonomik yg mild. bila terasa Ya Allah rasa nak menangis. alhamdulillah semakin pilih dengan suplemen semulajadi
    farah recently posted…Penjagaan Rapi Bayi Pramatang AndaMy Profile

    • Mrs Wan Norasiah
      November 26, 2017 at 7:09 am

      Alhamdulillah diberi kesembuhan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge