Ruam Pada Bayi

 Bayi  memang comel. Rasa nak gomol2 saje dengan bau yang sangat menenangkan….ada yang kata bau bayi adalah bau syurga. Ye la mereka tak de dosa memang penghuni syurga…namun kadang2 kulit bayi yang comel dan montel diganggu oleh kehadiran ruam. Raum ni biasa akan kelihatan merah-merah pada bahagia pipi, leher atau celah kelangkang. mengapa ini teradi? dan apakah rawatan untuk ruam? Jom kita lihat..
ruam lampin

Kenalpasti Jenis Ruam

  • Ruam Panas ….kepanasan yang terlampau boleh buatkan bayi rimas dan kulit terjejas, naik bintik2 merah seakan-akan jerawat. Selalunya dikawasan pelipatan seperti leher,pelipatan siku,dicelah2 kulit berketak2 tu.
  • Ruam Susu ….kesan drpd lelehan susu yg dibiarkan/tak di lap, bintik-bintik putih di muka, leher dan atas dada bayi.
  • Ruam Lampin ….terlalu lama dibiarkan pakai lampin/pampers yang kotor, kulit jadi merah dan radang samada di sekitar punggung bayi atau di celah peha.
  • Eczema ….rasa gatal dan tak selesa. Tahap lebih teruk sehingga berdarah dan keluar air. Selalunya boleh tengok pada pelipat kelopak mata, leher, siku, lutut, pergelangan tangan, jari tangan dan jari kaki. Ada dermatis – kemerahan,kuping,bengkak.
  • Allergy ….kulit merah dan gatal dgn tiba2,biasanya berpunca drpd pemakanan, habuk, cuaca, serangga, ubat dan bulu binatang. Ini tak berpanjangan.
 Setiap ibu memang akan susah hati bila bayi mereka yang comel mengalami msalah ruam ini. Kadaan bayi pun tidak selesa, mungkn berasa gatal, pedih dan sebagainy. Jika anak anda mengalami masalah ruam, jangan tuggu lama-lama yer mommy2 semua. Kesian kat baby takut ia berlarutan.
Pengalaman saya, anak mengalami ruam pada leher. Bayi yang montel memang tak nampak leher. Ini menyebabkan leher merah walaupun dilap hingga kering. Dengan keadaan cuaca yang panas menyebabkan bayi ini tidak selesa.

Rawatan

Banyak sebenarnya cara untuk merawat ruam bayi. Namun berdasarkan pengalaman saya, tidak semua bahan ini membantu masalah ini. Kita perlu cuba dulu baru boleh tahu sesuai atau tidak. Disini saya senaraikan beberapa alternatif yang boleh digunakan untuk merawat ruam pada bayi.
  • tepung ubi

Orang-orang tua dulu selalu gunakan tepung ubi untuk mengatasi masalah ruam. Sehinggakan mereka gunakan tepung ubi ini sebagai bedak. Saya pernah guna untuk anak saya, tetapi tidak sesuai malah makin teruk ruam di leher. Tambahan pulak dia jadi lagi ‘belengah’ orang klate kata…atau istilah bukunya comot la…

tepung ubi

  • virgin coconut oil

Minyak ini pun bagus untuk ruam dan kulit sebenarnya. Tapi saya tak pernah guna lagi virgin coconut oil ni. Mungkin yang dah ada dalam simpanan, boleh la guna.

vco

  • bedak agnesia

Bedak Agnesia ni pun produk orang dolu-dolu. Rasanya botol warna merah. Sekarang mudah ke nak dapat bedak ni? Saya pun tak pernah cari sebab baunya tak best..Tapi boleh ikhtiar juga dengan bedak ni

  • Krim di farmasi

Banyak juga beli krim di farmasi untuk atasi masalah ini. Emmm….boleh dikatakan tidak banya membantu. Harga boleh tahan juga. Pelbagai jenama Drapolene, Vaaselin dan banyak lagi…lupa la..kesimpulannya membazir je beli tapi tak cuba tak tahu kan…

drapolene_pic22_l

  • bedak johnson & johson penutup hijau

Ramai yang tidak tahu pasal losyen ini. Alhamdulillah anak saya sesuai dengan losyen ini. Setelah pelbagai ubat saya cuba, ruamnya diatasi dengan losyen ini. Ini pun  kawa saya yang bagitau. Losyen boleh guna untuk semua ruam, dari muka sampai pada punggung untuk ruam lampin. Sampai besar pun guna lagi. Sebenanya losyen johnson&johnson yang penutup hijau ini mengandungi aloe vera dan vitamin E. Dengan harganya yang murah dan senang nak dapat serta ia cepat kering pada kulit, baunya pun sedap. Memang saya sangat2 puas hati dengan losyen ni. Sentiasa je ada dalam beg

jnj

  • herbal blend

Setelah kenal dengan Shaklee, saya cuba pulak guna herbal blend untuk masalah ruam. Alhamdulillah ia pun berkesan. Tambahan lagi bagus herbal blend ini adalah semulajadi. Tiada bahan kimia seperti paraben yang memnag sangat2 sesuai untuk disapu badan bayi. Herbal blend ini selalu kehabisan stok. So ibu2 kena spare satu kat rumah untuk apa2 kegunaan.

herbal blend

Sekarang dah ada anak empat losyen Johnson&johnson  dan herbal blend menjadi pilihan saya. Ia tidak menipiskan kulit bayi malah melembapkan lagi. Semua tempat boleh sapu, muka, leher, tangan, punggung dan sebagainya. Anda cuba dulu baru tahu. Jangan biarkan bayi anda seksa menahan pedih dan gatal.

Kalau ada mommies yang nak cuba herbal blend boleh hubungi saya…Memang berbaloi-balaoi…..Sharing is caring

Whatsap / sms : 019 965 6193

Facebook: Wan Norasiah

Fanpage : Rahsia Ummi

COD: Kampar, Batu Gajah, Simpang Pulai, Ipoh

8 comments for “Ruam Pada Bayi

  1. August 12, 2015 at 4:53 am

    Info yang menarik untuk merawat ruam lampin. Selain itu, kita juga harus berhati-hati dengan susu formula yang diberikan kepada anak kerana ada produk-produk susu formula yang boleh menyebabkan alahan kulit. Alahan kulit boleh meningkatkan risiko mendapat ruam lampin dengan lebih kerap. Sebaik-baiknya, kita memberikan susu badan kepada anak kita.

    • Mrs Wan Norasiah
      September 15, 2015 at 2:30 pm

      yer…susu ibu yang terbaik

  2. May 20, 2016 at 1:23 am

    Alhamdulillah! Terima kasih atas perkongsian. saya try ubat kampung pakai bedak ruam bayi powder memang berkesan untuk anak saya yg ada ekzema (Psoriasis)

    Penawar Psoriasis, Ruam Bayi Dan Semua Jenis Penyakit Kulit

    • Mrs Wan Norasiah
      August 20, 2016 at 10:39 pm

      kena try mana2 yan sesuai baru tau

    • Mrs Wan Norasiah
      November 27, 2016 at 9:44 am

      Kita ikhtiar mana2 yang sesuai

  3. nor
    November 21, 2017 at 9:08 am

    Kalau pakai bedak ular yg prickly heat cooling powder tu kt baby xssuai ke?

  4. nor
    November 21, 2017 at 9:11 am

    assalamualaikum. kalau pakai bedak ular prickly heat cooling powder kt baby tk sesuai ke?

    • Mrs Wan Norasiah
      November 21, 2017 at 9:47 am

      wslm…ada sesetengah baby ok, ada x ok. puan kena try sikit dulu, tengok bagaimana respon kulit baby. tengok bahagian ingredient, elakkan bahan yang ada bahan kimia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge