Resepi Kek Coklat Karamel Sedap dan Mudah

Hari ni rasa seronok ssngat nak share dengan pembaca semua resepi kek karamel coklat. Memang diyakini mudah dan sedap.

 

Jamuan raya hari ni…

Mudah resepi ni untuk dibuat
Terima kasih kepada yang memberi resepi
Kredit: page MAHN

RESEPI KEK COKLAT KARAMEL

Hari ni nak kongsi Resepi Kek Coklat Karamel Mudah. Resepi sangat mudah dan simple..Siapa pun boleh buat ni..jom cuba masak!..

Bahan karamel:
– 2 sudu besar gula dijadikan karamel

Bahan Puding:
– 1 cawan susu pekat
– 1 cawan susu cair
– 3 kuning telur sahaja dan 2 biji telur gred A
– sedikit esen
* Semua bahan di atas dipukul lembut jangan sampai berbuih ye dan tapis

Bahan kek:

Bahan A:
– 1 cawan gula castor
– 1 cawan serbuk koko
– 1 cawan susu pekat
– 1 cawan susu cair
– 1 cawan minyak
* Semua bahan di atas dimasak sebentar di atas api.

Bahan B:
– 1 cawan tepung gandum
– 1 sudu teh soda bikarbonat
– 1 sudu teh baking powder
* Semua bahan di atas diayak.

Bahan C:
– 4 biji telur gred A – diblend.

Cara-cara:
1. Masukkan bahan A dan C ke dalam bahan B berselang seli sedikit demi sedikit menggunakan senduk sahaja ye untuk menghasilkan kek yang gebu. Ketepikan.
2. Masukkan bahan puding di dalam karamel. Kukus 15-20 minit dengan api sederhana.
3. Masukkan kesemua bahan kek ke dalam puding. Kukus 45 minute atau sehingga masak.

Kredit: page MAHN

Selamat Mencuba..

Masuk dalam peti…makan sejuk2. Allah…sedap tak terkataa

Jom sembang2 dalam wasap

4 comments for “Resepi Kek Coklat Karamel Sedap dan Mudah

  1. August 25, 2017 at 7:57 am

    sedapnya..boleh la nak cuba buat lepas ni..
    shikin satiman recently posted…10 Makanan Yang Perlu Dielak Ketika BerpantangMy Profile

    • Mrs Wan Norasiah
      September 15, 2017 at 2:35 pm

      senang saje doc….cuba pasti nak buat lagi

  2. October 16, 2017 at 8:18 am

    sedapnyerrrrr tgok
    Cik Yaya recently posted…BLOOD DONATIONMy Profile

    • Mrs Wan Norasiah
      October 19, 2017 at 8:43 am

      Jom cuba…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge