Rawatan Alternatif Batu Hempedu Mengecut dan Hilang

Pernah dengar tentang batu hempedu ? Sebenarnya batu hempedu berlaku di dalam pundi hempedu. Terdapat 3 jenis batu di dalam pundi hempedu iaitu kolesterol, pigmen dan campuran (kolesterol dan pigmen)

Bagaimana Batu hempedu Terbentuk?

Batu ini terbentuk apabila ketidakseimbangan antara pati hempedu dan komponen kolesterol ataupun pigmen. Apabila terdapat lebihan kolesterol dan pigmen maka batu akan terbentuk di dalam pundi hempedu.

Simptom Batu Di Pundi Hempedu

  • sakit

sakit pada bahagian bawah rusuk kanan dan ulu hati. sakit yang bersifat menarik dan sering datang dan pergi. Kadangkala sakit disertai oleh loya dan muntah . Ada kaitan dengan pengambilan makanan berlemak

  • demam

terdapat jangkitan kuman di pundi hempedu (cholecystitis). Jika demam suhu yang tinggi beserta menggigil dan perasaan sejuk serta kuning, ini menunjukkan jagkitan kuman pada saluran pundi hempedu (ascending cholangitis)

  • kuning

boleh dikenalpasti pada warna kulit dan juga pada bola mata putih. ini disebabkan oleh batu terhimpit di saluran pundi hempedu (choledocholithiasis)

 

“Proses pembentukan batu hempedu ini akan mengambil masa selama beberapa tahun. Saiz batu  hempedu ini adalah sekecil sebutir pasir atau sebesar bola golf yang licin serta bulat atau tidak tentu bentuknya dengan permukaan yang kasar.

“Anda mungkin mempunyai seketul atau beratus-ratus ketul batu karang hempedu di dalam tubuh anda,” kata Pakar Runding Bedah Am dan Laparoskopik, ColumbiaAsia Medical Centre, Seremban, Negeri Sembilan itu.

Bolehkah Hidup Tanpa Batu Hempedu?

Terdapat pelbagai rawatan batu hempedu ini..salah satu acara ialah pembedahan pembuangan pundi hempedu. Persoalannya bolehkah hidup tanpa batu hempedu?

Jawapannya ya. Disebabkan fingsi pundi hempedu hanya untuk proses pemekatan jus hempedu, maka ianya tidak mengganggu proses pencernaan makanan. Namun demikian , pesakit dinasihatkan agar mengurangkan kadar kolesterol di dalam makanan selep[as tiadanya pundi hempedu.

Adakah Rawatan  Batu Hempedu Tanpa Pembedahan?

Sebolehnya kita tak nak pundi hempedu dibuang. Salah satu cara nya ialah menggunakan rawatan alternatif. Seperti yang diceritakan oleh Pn Zeti Hafiza Zakaria  yang mengalami batu hempedu, mengecil dan akhirnya hilang

TESTIMONI : ZETI HAFIZA ZAKARIA
[ BATU HEMPEDU KETIKA MENGANDUNG ]

.Asalnya saya menyangka masalah gastrik datang kembali setelah sekian lama tidak mendapat serangan. Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu. Pedih yang amat di bahagian ulu hati, abdomen depan dan belakang sehingga hanya mampu merengkot di atas katil menahan sakit.

.

Apa sahaja makanan yang masuk akan dimuntahkan. Badan jadi lemah tak bertenaga. Saya yang merupakan seorang penjawat awam terpaksa mengambil cuti rehat.

.

Ketika itu juga saya baru disahkan mengandung anak ke-3. Doktor mengandaikan perubahan hormon yang menyebabkan gastrik menyerang. Saya diberikan ubat cecair berwarna putih untuk masalah gastrik dan angin. Paracetamol juga dibekalkan sebagai penahan sakit. Doktor juga berikan saya cuti sakit selama beberapa hari.

.

Setelah habis ubat, sakit masih belum reda. Saya dibekalkan lagi doktor ubat yang hampir sama serta disambung cuti sakit beberapa hari. Keadaan berulang sehingga habis 3 botol ubat cecair putih tersebut.

.

Suatu hari, kebetulan saya ada temujanji di Klinik Ibu dan Anak untuk pemeriksaan rutin ibu hamil. Jururawat yang bertugas menegur tentang mata saya yang kelihatan kuning. Sebenarnya saya ada perasan perubahan tersebut, tetapi tidak mengambil serius kerana kurang pengetahuan.

.

Setelah itu, saya dirujuk kepada pakar perubatan. Rupanya beberapa simptom yang telah saya alami sebelum ini adalah petanda masalah hati. Simptom tersebut termasuklah gatal-gatal di seluruh badan, najis pucat dan air kencing berwarna gelap. Pemeriksaan ultrasound mengesahkan saya ada batu dalam hempedu sebesar hampir 1cm.

.

Doktor cuma nasihatkan saya mengawal pemakanan dan ambil paracetamol sekiranya sakit menyerang. Rawatan lanjut samada pembedahan atau laser tak digalakkan pada awal kehamilan. Sebaiknya tunggu selepas bersalin.

.

Saya memutuskan untuk ikhtiar cara lain sementara menunggu temujanji seterusnya. Sebenarnya saya tak tahan menanggung sakit yang berulang-ulang. Tak mungkin saya boleh bertahan dengan ubat tahan sakit semata-mata. Lagipun memang saya tak biasa amalkan Paracetamol sebelum ini.

.

Setelah buat pembacaan, kajian dan merujuk pada mereka yang lebih arif, saya mula mengambil makanan tambahan Shaklee iaitu Lecithin, Omega Guard, Vita-C, OsteMatrix, Alfalfa, DTX Complex dan Vivix (selepas bersalin). Saya juga amalkan diet dan petua alternatif menggunakan pemakanan yang sesuai.

.

Alhamdulillah.. hanya beberapa hari selepas mulakan suplemen, simptom Jaundice mulai hilang diikuti dengan reda gatal-gatal, najis dan air kencing kembali normal. Sejak itu saya tak lagi diserang sakit abdomen seperti sebelumnya. Walau bagaimanapun saya teruskan semua suplemen sehingga selamat bersalin.

.

Selepas pantang, saya dirujuk semula kepada doktor. Syukur sangat bila didapati batu hempedu telah mengecut sebanyak 2mm. Doktor setuju untuk saya meneruskan usaha alternatif tanpa rawatan lanjut.

.

Kira-kira setahun kemudian, saya kembali hamil. Sekali lagi kerisauan mengenai serangan batu hempedu menghantui saya. Apabila buat pemeriksaan ultrasound, saya amat terkejut bila doktor memaklumkan bahawa hempedu saya sangat bersih dan tiada batu. Hanya ada sedikit saja ‘sludge’ yang normal.

.

Alhamdulillah… Saya sangat gembira kerana dapat kembali sihat tanpa ubat dan pembedahan. Sekarang saya tidak teragak-agak untuk terus amalkan Shaklee sebagai langkah pencegahan dari masalah ini berulang kembali.

.

Cukuplah sekali saya melalui pengalaman menyakitkan itu. Semoga perkongsian saya ini dapat membantu mereka yang mempunyai masalah batu dalam hempedu seperti saya.

Terima Kasih.

 Ya…siapa sangka Puan Zeti tidak perlu membuang pundi hempedu. Ikhtiar selagi mapu selamatkan organ badan kita. Duit boleh dicari, tetapi kesihatan tiada gantinya.
Jika anda mempunyai masalah yang sama dengan Puan Zeti, boleh klik2 saje untuk order.
apa persoalan boleh tanya saya..

Whatsapp: 019 965 6193

FB : Wan Norasiah

Daftar Ahli Untuk Harga Menarik

COD : Kampar – Gopeng – Batu Gajah – SimpanPulai – Ipoh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge