Radang Usus ( Ulcerative Colitis): Punca, Gejala dan Cara Merawat

Penyakit Radang Usus ( Ulcerative Colitis) tidak asing lagi pada masa sekarang. Ramai yang tidak menyedari  ereka mengidap penyakit radang usus atau ulcerative colitis kerana beranggapan sakit perut biasa.

Peringkat awal memang pesakit akan alami sakit perut seperti gasterik. Mereka selalu amalkan ubat penahan sakit dan anggap ianya  disebabkan salah makan atau sakit perut biasa.

Apakah penyakit radang usus.

Penyakit radang usus juga dikenali sebagai Ulcerative colitis adalah penyakit keradangan usus (IBD) yang mengakibatkan keradangan yang berpanjangan dan ulser (luka) di dalam saluran pencernaan pesakit yang mengalaminya.

Penyakit ni rupanya termasuk dalam kumpulan penyakit auto immune. Penyakit ini dikatakan berpunca daripada kerosakan sistem imun pesakit (auto-immune).

Apabila sistem imun pesakit cuba untuk melawan virus atau bakteria yang menyerang, tindak balas imun yang tidak normal menyebabkan sistem imun tersebut menyerang sel-sel dalam saluran pencernaan juga.

Simptom ulcerative colitis berbeza di antara pesakit, bergantung kepada sejauh mana teruk/serius radang yang berlaku dan di kawasan mana ianya berlaku.

Apakah tanda-tanda yang biasa dialami oleh penghidap ulcerative colitis?

🔍Cirit-birit disertai dengan darah atau nanah.

🔍Sakit perut dan kekejangan.

🔍Sakit rektum.

🔍Pendarahan rektum – najis disertai sedikit darah.

🔍Keinginan membuang membuang air besar dengan segera. *Walaupun keinginan membuang air besar pada kadar segera, pesakit mengalami kesukaran untuk membuang air besar.*

🔍Berat badan menyusut (walaupun tidak berdiet).

🔍Keletihan.

🔍Demam.

Komplikasi penyakit radang usus ni ialah ianya boleh menyebabkan pesakit menjadi lemah dan kadang-kadang mendatangkan komplikasi yang boleh mengancam nyawa. Bahaya juga penyakit ni kalau dibiarkan tanpa rawatan ye…

Komplikasi lain radang usus (ulcerative colitis) termasuklah;

✅Perdarahan yang teruk.

✅Usus berlubang

✅Dehidrasi yang teruk

✅Penyakit hati (jarang berlaku)

✅Tulang rapuh (osteoporosis)

✅Radang kulit, sendi dan mata, dan luka dalam lapisan mulut anda

✅Peningkatan risiko kanser kolon

✅Kolon membengkak (megacolon toksik)

✅Risiko darah dalam urat dan arteri membeku.

Jadi rawatannya bagaimana?

Sebaiknya jika ada simptom better dapatkan nasihat atau rawatan doktor dahulu ye. Sistem imun celaru & serang imune sisem sendiri..Doktor akan mencadangkan beberapa jenis ubat-ubatan untuk mengawal keradangan dalam usus seperti ubat sulfa, kortikosteroid, imunosupresif, dan antibiotik.

Asid 5-aminosalicylic (5-ASA) (balsalazide, mesalamine dan sulfasalazine) adalah ubat utama yang digunakan untuk merawat ulser kolitis.

Ubat ini bertindak dengan mengurangkan keradangan pada usus. Jika ubat aminosalicylic tidak berkesan untuk pesakit, kortikosteroid seperti prednisolone digunakan.

Tapi, ubat ini tidak digalakkan diambil untuk tempoh masa yang lama kerana ianya mempunyai kesan sampingan dan komplikasi jangka panjang seperti osteoporosis, katarak.

Nak kurangkan radang usus satu hal, datang pulak kesan sampingan ubat cenggini. Kesan jangka pendek pengambilan ubat (kortikosteroid) ni pula adalah seperti jerawat, berat badan meningkat, selera makan bertambah, perubahan emosi dan insomnia.

Kalau aminosalicyclic & kortikosteroid ni tak jalan juga? Jika kortikosteroid atau dadah 5-ASA tidak membantu, doktor anda akan menetapkan jenis-jenis ubat-ubatan, seperti 6-mercaptopurine (6-MP), azathioprine (imuran), cyclosporine, dan tacrolimus (Prograf).

Ubat-ubat ini dikenali sebagai Immunosuppressants. Ubat-ubatan ini membantu mengurangkan aktiviti sistem imun. Immunosuppressants boleh menjadi sangat berkesan dalam merawat ulser kolitis, tetapi ianya ambil sedikit masa untuk mula menampakkan kesannya (biasanya antara dua hingga tiga bulan)

Kesan sampingannya ialah ubat-ubatan ni boleh menyebabkan pesakit mudah terdedah kepada jangkitan penyakit. Ia juga boleh menjejaskan pengeluaran sel-sel darah merah dan menyebabkan anda terdedah kepada anemia.

Supplemen yang best suit untuk penyakit auto immune?
Supplemen yang boleh membantu mengurangkan gejala ulcerative colitis.

VIVIX.

Supplemen yang tinggi antioksidan ini bertindak ke atas sel manusia melalui:-

*Cell Defence* : mempertahankan sel yang mudah rosak dan berpenyakit.

*Cell Energy* : memberi tenaga kepada sel yang lemah.

*Cell Repair*: memperbaiki sel yang telah rosak.

*Cell Performance* : meningkatkan prestasi sel.

Jom lihat testimoni pesakit ulcerative colitis dengan VIVIX.

Adakah anda mempunyai simptom yang dinaatkan di atas? jomusqh tangguh-tangguh lagi untuk ikhtiar dengan vivix. Nak order online klik saje di sini.

untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya dengan klik whatsap saje.

FB : Wan Norasiah

Tel: 0199656193

Daftar Ahli Untuk Harga Menarik

COD : Kampar – Gopeng – Batu Gajah – Simpang Pulai – Ipoh

2 comments for “Radang Usus ( Ulcerative Colitis): Punca, Gejala dan Cara Merawat

  1. January 13, 2018 at 10:27 am

    Ya Allah. Takutnya. Tq infonye.
    Masita Hassan recently posted…Cara Merawat Penyakit Strok Berkesan Dengan Vivix ShakleeMy Profile

    • Mrs Wan Norasiah
      January 14, 2018 at 3:56 am

      memang seram …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge