Punca Pendarahan Semasa Hamil dan Cara Mengatasinya

Pendarahan Semasa Hamil.  Pendarahan semasa hamil adalah perkara biasa, terutamanya semasa trimester pertama, dan biasanya ia tidak perlu dibimbangkan.

Tetapi oleh kerana pendarahan kadang-kadang boleh menjadi tanda sesuatu yang serius, adalah penting untuk mengetahui kemungkinan penyebabnya dan dapatkan pemeriksaan oleh doktor anda untuk memastikan anda dan kandungan anda sihat.

Pendarahan Dalam Trimester Pertama

Kira-kira 20 % daripada wanita mengalami sedikit pendarahan dalam tempoh 12 minggu pertama kehamilan.

Punca2 Yang Menyebabkan Pendarahan Semasa Hamil

 

1. Pendarahan Implantasi / Penempelan

Anda mungkin mengalami pendarahan biasa dalam tempoh 6 hingga 12 hari pertama selepas anda hamil kerana telur yang telah disenyawakan menempel sendiri pada lapisan rahim.

Sesetengah wanita tidak menyedari mereka mengandung kerana mereka menyangka pendarahan ini adalah kedatangan haid yang sedikit. Biasanya pendarahan adalah sangat sedikit seperti tompokan coklat atau pink dan tahan lebih dari beberapa jam ke beberapa hari. Implantation bleeding ni biasa terjadi..normal je sebenarnya

2. Keguguran

Keguguran biasanya berlaku dalam tempoh 12 minggu pertama kehamilan, ia cenderung untuk menjadi salah satu punca utama pendarahan semasa trimester pertama.

Kira-kira separuh daripada wanita yang mengalami pendarahan semasa kehamilan akhirnya keguguran. Tetapi itu tidak bermakna bahawa jika anda mengalami pendarahan, anda akan keguguran, terutamanya jika anda tidak mempunyai apa-apa simtom lain keguguran.

Simptom lain keguguran adalah kekejangan yang kuat di bahagian bawah abdomen dan terdapat cebisan tisu atau ketulan darah yang keluar.

3. Kehamilan Ektopik

Kehamilan ektopik adalah keadaan di mana embrio yang telah disenyawakan menempel atau implantasi di luar rahim, biasanya dalam tiub fallopio.

Jika embrio terus membesar, ia boleh menyebabkan tiub fallopio pecah dan boleh mengancam nyawa ibu tersebut. Walaupun kehamilan ektopik adalah berbahaya, ia hanya berlaku pada kira-kira 2 % daripada kehamilan.

Ektopik pregnancy ni jarang berlaku..tapi ada jumpa kawan yg pernah kene ni masa 1st pregnancy. Jika diperingkat awal masih boleh diselamatkan..jika dah pecah tiub fallapio kemungkinan perlu dibuang sebahagian

4. Kehamilan Molar

Kehamilan Molar (juga dipanggil penyakit kehamilan trophoblastic) adalah satu keadaan yang sangat jarang berlaku, di mana tisu yang tidak normal tumbuh di dalam rahim bukannya pada bayi.

Dalam sesetengah kes-kes yang jarang berlaku, tisu tersebut adalah sel-sel kanser dan boleh merebak ke bahagian badan yang lain.

5.Perubahan serviks

Semasa mengandung, lebih banyak darah mengalir ke serviks. Apa sahaja sentuhan atau geselan pada pangkal rahim, boleh mencetuskan pendarahan. Walaubagaimanapun jenis pendarahan ini tidak membimbangkan.

6. Jangkitan

Apa-apa jangkitan serviks, faraj atau jangkitan kelamin seperti chlamydia, gonorrhea, atau herpes boleh menyebabkan pendarahan pada trimester pertama.

Pendarahan Dalam Trimester Kedua dan Ketiga

Pendarahan tidak normal di peringkat akhir kehamilan mungkin lebih serius, kerana ia boleh memberi tanda-tanda masalah yang mungkin akan dialami ibu atau bayi. Berjumpalah doktor anda secepat mungkin jika anda mengalami sebarang pendarahan pada trimester kedua atau ketiga.

Punca pendarahan Semasa Akhir Kehamilan

1. Plasenta Previa

Keadaan ini berlaku apabila plasenta terletak rendah di rahim dan sebahagian atau sepenuhnya meliputi pembukaan saluran kelahiran.Plasenta previa adalah sangat jarang berlaku dalam trimester ketiga, ianya berlaku dalam hanya satu dalam 200 kehamilan. Pendarahan plasenta previa, boleh jadi menyakitkan dan memerlukan rawatan doktor dengan segera.

2. Placental Abruption

Placental abruption adalah keadaan serius di mana plasenta terpisah sepenuhnya atau separa daripada dinding uterus sebelum bayi anda dilahirkan.

Keadaan ini boleh menyebabkan bayi anda terputus bekalan nutrient dan oksigen. Lebih serius lagi ia boleh menyebabkan pendarahan yang teruk dan membayakan nyawa ibu dan bayi anda.

Statistik menunjukkan Placental Abruption berlaku dalam kira-kira satu dalam 150 kehamilan. Biasanya ia berlaku pada trimester ketiga tetapi boleh berlaku bila-bila masa selepas 20 minggu kehamilan.

3. Rahim Pecah

Dalam kes-kes yang jarang berlaku, parut dari kelahiran secara pembedahan (caserean c-section) sebelum ini boleh terbuka semasa mengandung. Rahim pecah boleh mengancam nyawa ibu dan bayi. Jika keadaan ini berlaku kepada anda, pembedahan (ceaserean c-section) kecemasan perlu dilakukan. Simptom lain rahim pecah adalah kesakitan dan ketegangan di dalam abdomen.

4. Kelahiran Pramatang

Pendarahan vigina di akhir kehamilan mungkin boleh menjadi tanda bahawa badan anda telah bersedia untuk bersalin. Beberapa hari atau minggu sebelum bersalin, mukus plug yang meliputi pembukaan rahim akan keluar dari vagina dan ia biasanya akan mempunyai sejumlah kecil darah di dalamnya ( ini dikenali sebagai “bloody show”).

Jika pendarahan dan simtom bersalin bermula sebelum minggu ke-37 kehamilan, hubungi doktor anda dengan segera kerana anda mungkin akan melahirkan bayi pramatang.

Simtom lain kelahiran pramatang termasuk kontraksi, keputihan (vaginal discharge), tekanan pada perut dan sakit di belakang berhampiran pinggang

Sebab-sebab tambahan pendarahan dalam kehamilan di trime 2 dan 3 adalah:

✔️ kecederaan pada faraj
✔️polip
✔️kanser

Segera Berjumpa Doktor

Jadi jika anda ada tanda di bawah ni segeralah berjumpa dengan doktor..supaya pengesanan awal dapat mengelakkan situasi yang lebih serius atau mengancam nyawa. Jika ada tanda-tanda ini juga segera berjumpa doktor.
👉Sakit yang teruk atau kekejangan yang melampau di bahagian bawah perut

👉Pendarahan yang teruk, sama ada sakit atau tidak

👉Vaginal discharge yang mengandungi tisu

👉Pening atau pengsan

👉Demam lebih daripada 38 darjah Celcius dan / atau kesejukan

Ibu hamil memang perlu rujuk kepada pihak hospital. Doktor akan tanya medical history  dan seterusnya dibuat ultrasound untuk memastikan keadaan ibu dan bayi dalam kandungan

Sebagai alternatif, keperluan nutisi ibu sangat dititikberatkan agar tidak berlaku sebarang perkara yang tidak dii ngini. ibu-ibu boleh mengamalkan set kehamilan shaklee. .

Apa2 persoalan boleh hubungi saya dengan klik wasap.

Whatsapp: 019 965 6193

FB : Wan Norasiah

Daftar Ahli Untuk Harga Menarik

COD : Kampar – Gopeng – Batu Gajah – SimpanPulai – Ipoh

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge