Petua Hilangkan Demam dan Selsema Kanak-Kanak

Melihat anak2 bermain dengan lincah dan ceria memang menggembirakan hati ibu bapa. Namun jika tiba2 kita lihat mereka tidak aktif, lesu dan tidak bercakap mula menimbulkan kerisauan pada kita sebagai ibu bapa. Anak saya seorang saje puteri daripada 4 orang . Fatimah Az zahra seorang yang banyak mulut. Umur baru saje 2 tahun tapi petah berkata2.

zahra_n

Satu hari bila ambil dia dari rumah pengasuh, nampak lain macam mukanya. Pengasuhnya bagitau badan panas macam demam, tak mau bercakap dan ada selsema. Budak yang selalu aktif, nampak sangat perubahan bila tidak sihat.

Sebenarnya Zahra jarang demam, batuk atau selsema. Mungkin sebab dia tidak duduk di nursery, di rumah pengasuh dia dengan seorang baby je. Kurang berlaku penyakit berjangkit. Seingat saya sekali atau dua kali saje sepanjang kelahirannya pergi klinik ambil ubat sebab demam atau batuk.

Apabila balik ke rumah, nampak badan lesu, nak tidur dan merengek saje. Disebabkan uminye ni pengedar Shaklee, apalagi ikhtiarlah dengan supplemen yang ada di rumah. Memang kat rumah stok ubat klinik dah expired. Memang berniat pun tak nak bagi ubat kepada anak2 nak cuba supplemen je, cuba cara sembuh tanpa ubat…hehehe.

Semasa buat susu saya campurkan separuh stick nutriferon. Tidak letak  satu stick sebab takut akan megubah rasa susu yang dia minum. Tambah2 tak sihat, langsung tak mahu susu, lagi susah. Memang kalau kita minum dengan air biasa, nutriferon dia ada rasa herba sikit . Malam nanti bagi lagi separuh..

nutriferon

Badannya memang rasa panas,  selsema tapi batuk sekali sekala je…emmm memang pakej 3 serangkai la. Mencegah lebih baik dari mengubati…itu yang cepat bagi antibodi sebelum melarat. Seingat saya pagi sebelum hantar kat pengasuh, memang tak ada tanda2 nak demam….

Selepas minum susu Zahra tertidur di bawah dakapan abi. Dia memang manja dengan abi. Memang anak perempuan macam tu kot….ok la umi rehat sikit. Tambah2 anak demam ni demand tinggi…tahu je la kan ibu2 semua. Ada anak macam Zahra baru suami2 sama2 merasa bila anak tak sihat. Kena banyak bersabar

Lewat petang Zahra bangun, rasa badannya suam2 panas. Selsema masih ada lagi…dalam hati macam ‘active fast’ nutriferon ni…sebanarnya setelah mengetahui khasiat nutriferon, saya memang buat stok kat rumah sebagai pengganti penadol. Sesuai untuk kegunaan seisi keluarga.

Zahra dah mula bermain cuma tidak seperti biasa. Malam sebelum tidur saya bagi lagi baki nutriferon yang petang tu…saya juga bagi sebiji chewable vitamin C. Dia memang peminat makan ubat. Kena sembunyi botol, kalau tidak mahu 3, 4 biji ditelannya.

chew vit c

Esoknya..Alhamdulillah, mata masih pejam mulut dah berbunyi…tandanya dah kembali  normal la..hehe… Macam2 nak cerita, nak qada yang petang semalam. Emm…tak perlu susah2 ke klinik.

Jadi di sini nak kongsi la kalau demam, batuk dan selsema tak kuat boleh ikhtiar dengan nutriferon dan chewable vitamin C. Tapi kalau teruk, perlu pergi jumpa doctor. Demam yang suhu tinggi dan berpanjangan pada kanak2 sangat merbahaya. perlu di bawa ke klinik atau hospital. Supplemen ini  adalah pencegahan awal.

order

untuk order klik sini

sebarang pertanyaan boleh hubungi saya

Whatsap / Sms : 019 965 6193 (wan)

Fanpage : Rahsia Ummi

SID : 908037

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge