Pengasuh vs Taska | Yang Mana Satu Pilihan Ibu Bekerja?

Pengasuh vs Taska | Yang Mana Satu Pilihan Ibu Bekerja?

Assalamualaikum buat pembaca blog ummi…Hari ni rasa ingin berkongsi info yang sangat berguna dan penting kepada ibu-ibu yang bekerjaya. Kes dera bayi dan kanak-kanak sentiasa saje berlaku sejak akhir-akhir ini.Ya Allah tak sanggup melihat kesakitan yang terpaksa ditanggung oleh anak-anak syurga yang belum mengerti apa-apa..

1456350741040

 

Berat hati ibu sebenarnya untuk meninggalkan bayi mereka kepada orang lain untuk dijaga , namun disebabkan  peningkatan kos sara hidup menyebabkan ibu turut keluar bekerja. Sekurang-kurangnya boleh membantu kewangan keluarga.Nak atau tidak anak-anak perlu ditinggalkan…Persoalannya…mana yang lebih baik hantar kepada pengasuh atau ke taska

Suka saya kongsikan pendapat Puan Ashikin Hashim dari FB beliau tentang persoalan ini. Harap-harap entri ini dapat menjadi rujukan ibu-ibu sebelum membuat sebarang keputusan.

Sumber: FB Ashikin Hashim

Kali ini isu bayi umur 10 bulan ditampar sehingga berbirat dan bengkak menjadi viral di laman sosial.

Apa yang boleh saya katakan, ia adalah tindakan luar kewarasan seorang pengasuh yang mesti diadili sewajarnya. Ia adalah tindakan yang tidak boleh diterima walau apa jua alasan diberikan.

Bukan sekali, bukan 2 kali saya mendengar cerita begini mengenai pengasuh. Saya sendiri pernah tersalah langkah. Kerana terdesak, hantar kepada pengasuh tanpa usul periksa. Suami pengasuh sewenangnya menghisap rokok ketika anak saya berada dalam asuhannya. Penggunaan TV juga tidak dijaga dan anak disua dengan pelbagai cerita.

Kawan saya pula, anaknya pernah ditampar suami pengasuh! Allahu akbar..

Baik… atas sedikit pengalaman yang ada sebagai ibu, guru dan juga pernah menghadiri Kursus Awal Asuhan Kanak-kanak (KAAK), jom kita lihat pros & cons menghantar anak ke rumah pengasuh mahupun ke taska.

Saya tidak kata taska lebih baik. Atau pengasuh tidak elok. Taska pun ada yang bermasalah. Pengasuh pun ada yang sangat bagus.Tapi saya bagi panduan dan berkongsi pengalaman dan ilmu sahaja. Selebihnya kita sebagai ibu dan bapa yang perlu bijak memilih mana yang terbaik.

Keyword di sini kita sebagai ibu bapa perlu ada ILMU dan BIJAK memilih, siapa yang berhak mengasuh dan mendidik anak-anak kita.

Kebaikan menghantar anak ke pengasuh:

1. Pengasuh biasanya dikenali. Jadi, bagi ibu, senang kalau pengasuh adalah orang yang dikenali. (Bagi saya lagi susah – sebab kalau ada isu, kita susah nak berterus terang)

2. Hantar pengasuh biasanya lebih murah compared to taska. Tapi ada juga pengasuh yang charge sehingga RM400 seorang which bagi saya, bagi pengasuh yang tidak berdaftar (kalau nak tahu, pengasuh di rumah pun kena daftar under JKM tau), rumah yang tentunya tak child friendly, tidak dipantau KKM, Majlis dan Bomba, bayaran tinggi sangat tidak patut.

3. Hantar pengasuh biasanya sebab tak ramai. (Saya pernah je dengar pengasuh ambil sehingga 10 anak dari baby sehingga abang-abang yang transit)

Ok..saya nampak 3 ini kebaikan menghantar ke pengasuh. Jika ada lagi, sila tambah dibahagian komen.

bayi 6 bulan 2

Kemusykilan (saya tidak gunakan keburukan) menghantar anak ke pengasuh di rumah.

1. Berdaftar atau tidak? Pentingkah berdaftar? Ya, sangat penting bagi memudahkan pemantauan pihak berkuasa terutamanya JKM. Seperti yang saya nyatakan di atas, pengasuh di rumah pun wajib berdaftar dengan JKM.

2. Keselamatan? Selamat atau tidak. Child friendly tak? Tempat yang sangat merbahaya adalah dapur, tangga, pintu utama, pagar depan, jiran-jiran siapa?

Jika pengasuh memasak, di mana kedudukan anak waktu itu, jika pengasuh mandi atau buang air, siapa yang jaga anak kita? Pengasuh boleh keluar tak? Kalau keluar, bawa anak kita ke? Kalau tinggal, siapa jaga?

3. Kebersihan? Bagaimana rutin pembersihan di rumah pengasuh? Pengasuh sebagai penyedia makanan, bersih tak? Ada ambil injection untuk penyedia makanan? Bagaimana pula carpet? Mainan dibersihkan tak?

4. Cuti? Cuti pengasuh bagaimana? Ikut takwim tak atau pengasuh boleh cuti sesuka hati sebab anak saudara nak kahwin, nak balik kampung dan tiada yang ganti jaga anak kita? Dan kita pun ambil cuti untuk jaga anak? Itu belum pengasuh sakit, atau anak pengasuh sakit. Pengasuh minta cuti lagi sebab dia seorang yang jaga anak kita.

5. Tetamu? Kalau ada tetamu seperti saudara mara atau jiran tetangga, bagaimana? Mereka boleh masuk ke dalam rumah dan memegang anak kita? Bagaimana jika mereka tidak sihat? Bagaimana jika anak kita perempuan dan tetamu pengasuh adalah lelaki yang…….?

6. Aktiviti? Pengasuh ada jadual asuhan yang teratur tak? Apa aktiviti anak selain makan dan tidur?

7. Pengasuh terlatih? Jika berlaku apa-apa, pengasuh boleh beri CPR? Siapa yang boleh bawa anak ke klinik/hospital berdekatan?

Ok. Kejap. Nak tarik nafas sat.

Itulah serba sedikit panduan untuk menjadi kayu ukur buat ibu bapa membuat pemilihan samada ingin memilih pengasuh di rumah atau taska.

Saya tahu, pasti sahaja ada yang tidak bersetuju. Seperti yang saya katakan tadi, ini adalah panduan umum sahaja. Pasti sahaja ada pros & cons tapi pilihlah yang terbaik untuk anak-anak kita.

Sedikit nasihat kepada pengasuh mahupun taska, jagalah amanah kami dengan baik dan ibu bapa, janganlah kita sekadar menghantar tetapi bersifat ihsan lah kita kepada insan yang menjaga dan mengasuh anak kita.

Semoga kita sentiasa diberikan petunjuk dalam kita memilih pengasuh dan pendidik untuk anak-anak kita.

 

Pada pandangan saya , Ibu-ibu perlu bijak memilih  tempat yang terbaik untuk anak-anak  kita membesar. Buat research sikit tentang beberapa taska dan siasat dulu pengasuh yang ingin digajikan…Biar bersusah dahulu jangan menyesal di kemudian hari…

Entri berkaitan:

Kaya di dunia dan akhirat

Suami Isteri semakin hari semakin sayang

whatsapp: 019 965 6193

FB:Wan Norasiah

Daftar Ahli Untuk Harga lebih Menarik

COD: Kampar – Batu Gajah – Simpang Pulai – Ipoh

5 comments for “Pengasuh vs Taska | Yang Mana Satu Pilihan Ibu Bekerja?

  1. February 24, 2016 at 11:26 pm

    Betul tu kak wan. Byk perkara kena fikir sebelum hantar. Kena banyak doa juga supaya semuanya dipermudahkan. Lagi bagus kalau parent ada peluang utk work-at-home. Boleh jaga anak2 depan mata 🙂

    • Mrs Wan Norasiah
      February 27, 2016 at 5:07 am

      Tu la…untung orang yg bekerja dari rumah…anak2 membesar di depan mata

  2. July 30, 2017 at 4:44 am

    thanksd for the info

  3. September 5, 2017 at 3:05 am

    Saya Farah dari CPR1Malaysia. Saya ingin menawarkan baucer kelas CPR kepada Guru Taska, Tadika malah pengasuh supaya mereka tahu apa yang hendak dilakukan ketika kecemasan. Ini penting untuk mereka supaya mereka dapat lakukan bantuan awal kepada mangsa sebelum ketibaan ambulans. Kemalangan boleh berlaku dimana-mana sahaja.

    Pada sesi CPR tersebut, peserta akan dilatih dengan :-

    a) CPR untuk dewasa
    b) CPR untuk kanak-kanak
    c) CPR untuk bayi
    d) Teknik bantuan mangsa Tercekik
    e) Automated External Defibrillator (AED)

    Peserta akan menerima :-

    a) Sijil (sah untuk tempoh 2 tahun)
    b) Buku Manual CPR
    c) Button Badge
    d) Kad ID
    e) eBook CPR1M

    Anda boleh beli baucer kami , dan boleh pilih mana-mana tarikh untuk hadir ke kelas.

    Maklumat lanjut boleh hubungi saya:

    Farah – 0179236855

    • Mrs Wan Norasiah
      September 15, 2017 at 2:37 pm

      wahhh…bagus program ni. teruskan farah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge