Pantang Larang Vitamin

Dalam kita mengamalkan supplemen seharian ada beberapa pantang larang yang perlu diberi perhatian agarĀ  kita mendapat keberkesanannya yang maksimum..Pengamal supplemen perlu….

pantang larang

1. Minum air kosong dengan banyak.

Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik.

Ramai daripada kita yang suka minum air manis atau berperisa berbanding air masak. Sebenarnya air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan.

Semua kita tahu setiap orang perlu mengambil air lebih kurang 2 liter setiap hari. Cara yang mudah isi siap2 air dalam bekas2 kecil cukup 2liter. Setiap hari kena habiskan air tersebut tak kiralah bawa ke tempat kerja, dalam kereta, dalam bilik, ruang tamu dan di dapu semestinya!

 

2. Elakkan makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa.

Ramai orang nak cara mudah! Telan semua vitamin dalam satu masa. Sebenarnya cara ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Contohnya sebelumĀ  tidur ambil beberapa jenis vitamin sekaligus sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air.

Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.

 

3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.

Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik.

Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.

 

4. Kurangkan pengambilan kafein dalam diet harian.

Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.

 

5. Pantang larang makan vitamin.

-Tahukah anda pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi (Vitalea) tidak boleh diambil bersama air susu/ ostematrix/ pil kalsium? Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri.

-Tahukah anda vitamin E dan GLA Complex (kerana terdapat Vitamin E di dalam GLA Complex), tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia.

 

6. Pesakit-pesakit dan keadaan seperti berikut TIDAK BOLEH mengambil vitamin dan supplement seperti yang dinyatakan:

Pesakit SLE atau lupus : Alfalfa

Pesakit talasemia: Vitalea

Ibu Mengandung: Vitamin E, Alfalfa, GLA, Vivix, Cinch, Carotamax, Lecithin, Nutriferon (kecuali dengan saranan doktor). Vitamin2 yang tinggi antioksidan tidak digalakkan diambil di awal kandungan dikhuatiri si ibu akan mengalami risiko keguguran. Biasanya diawal kehamilan, imunisasi ibu memang rendah kerana hendak memberi laluan bayi membesar dalam rahim si ibu. Pengambilan vitamin yang meningkatkan antioksida boleh memberi risiko keguguran pada janin tadi. Maka, vitamin yang tidak boleh diambil seharusnya dihentikan sebaik sahaja mengetahui si ibu telah mengandung.

Ibu Menyusu: Cinch (disarankan diganti dgn ESP kerana kandungan kalori yg rendah dalam cinch tidak mencukupi utk keperluan kalori ibu2 menyusu) dan Vivix.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya:

Whatsap : 019 965 6193

FB : Wan Norasiah

SID : 908037

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge