Panduan Untuk Ibu Menyusu dan Bekerja

Pengalaman saya menyusukan anak dengan susu terbaik di dunia selama lebih kurang 2 tahun, mendorong saya untuk berkongsi dengan ibu2 di luar sana. Walaupun bekerja, itu bukan satu alasan untuk kita bagi  yang terbaik kepada anak kita. Tepuk dada tanya nak buat atau tidak untuk permata hati kita. Di sini diberikan tips dan Panduan untuk Ibu menyusu dan bekerja

cover

  1. Niat

Ikhlaskan niat untuk menyusukan anak sepenuhnya kerana ingin yang terbaik kepada baby kita. Jika pada awalnya sebab ikut kawan yang fully breastfeeding, kita pun nak buat juga…perlu tanamkan azam nak buat betul2. Yakinkan diri kita mampu buat. Nak buat taklah semudah yang dilihat…itu sebab niat kena ikhlas. Suami perlu diberitahu niat suci ini agar mendapat sokongan padu dari suami  dan dengan niatlah akan memberi kekuatan dalam diri.

  1. Menyusu secepat mungkin

Selepas saje ibu dan anak dimasukkan ke dalam wad selepas bersalin, seboleh-bolehnya terus susukan baby. Lagi cepat baby disusukan, lagi cepat signal dihantar  ke otak untuk hasilkan susu. Jangan risau jika susu tak keluar, teruskan penyusuan sebab hanya proses itu saja akan merangsang pengeluaran susu.

  1. Buat stok susu

Semasa dalam pantang susukan baby sekerap mungkin. Pada 2 minggu terawal adalah sangat penting kerana awal2 kelahiran susu matang masih belum terhasil sebaliknya masih kolostrum yang pastinya mengandungi khasiat yang sangat berharga. Apabila ibu dan baby dah seronok melalui  proses penyusuan, ibu dah boleh mula buat stok susu perahan. Lebih kerap payudara dikosongkan, lebih banyak susu dihasilkan. Gunakan peluang masa yang ada untuk mengumpul stok.

  1. Peralatan

Semestinya nak buat stok susu perahan kena ada persediaan. Botol simpanan susu perahan kena ada untuk pastikan susu tidak rosak. Untuk buat stok perlu ada banyak. Selain itu boleh gunakan plastik penyimpanan yang boleh menjimatkan ruang. Untuk memerah susu, ibu2 boleh gunakan tangan saje yang menggunakan kaedah marmet atau guna pam manual atau elektrik. Terdapat banyak sekarang di pasaran mengikut bajet masing2.

pam

  1.  Tempat simpanan

Stok susu mesti disimpan di dalam peti ais untuk dibekukan. Ada sesetengah ibu berkorban beli deep freezer untuk simpan stok susu perahan disebabkan tak muat peti.

Tempoh hayat

Frozen ebm dalam freezer peti ais 2 pintu – tahan 3 bulan

Frozen ebm dalam deep freezer – tahan 6 bulan

Frozen ebm dalam peti ais 1 pintu – tahan 2 minggu

Chilled ebm tahan 3-5 hari jika tidak digunakan,  pindahkan ke dalam freezer untuk dijadikan stok beku.

  1. Baby sitter

Sebelum menghantar baby kepada nursery atau pengasuh, kena dimaklumkan dahulu kepada mereka bahawa kita akan bekalkan susu perahan bukan susu formula. Sesetengan daripada mereka tidak mahu handle susu perahan…oleh itu sangat penting perbincngan dilakukan dan mereka diberi penerangan untuk handle susu perahan. Baby juga perlu diajar minum susu perahan menggunakan botol semasa dalam pantang lagi agar tidak mendatangkan masalah apabila ibu bekerja nanti.

  1. Di tempat kerja

Apabila ibu sudah bekerja, pastikan pam dilakukan di tempat kerja. Bergantung kepada ibu masa mana untuk pam dan pastikan pam mengikut masa yang tetap agar pengeluaran susu tidak terjejas. Jika pejabat yang mempunyai bilik penyusuan tiada masalah, bagi yang tiada kena cari tempat alternatif yang ibu selesa untuk mengepam. Paling bagus pam setiap 2-3 jam sekali

Mother and baby in home office with laptop and telephone

  1. Cabaran

Ibu perlu tahu fully breastfeeding memang mempunyai banyak cabaran dan memerlukan pengorbanan. Kadang2 orang lain tidak faham konsep penyusuan susu ibu. Ada yang kata baby tidak kenyang, perlu campur dengan susu formula, kenapa perlu nak susah2 beli itu ini dan sebagainya. Kita kena bertegas, kita nak yang terbaik untu anak kita. kita juga perlu ada ilmu tentang penyusuan susu ibu.

cabaran

  1. Perbincangan

Banyakkan perbincangan dengan ibu2 yang sama2 bekerja dan menyusu sepenuhnya. Tekanan akan memberi kesan kepada pengeluaran susu. Sebarang persoalan dan permasalahan penyusuan boleh dirujuk, dikongsi dan dibincangkan dlam group Fb atau dalam whatsap. Sekarang semuanya di hujung jari. Selain itu kita akan jadi lebih bermotivasi apabila berada dalam kumpulan yang sama.

10. Pemakanan

Sememangnya pemakanan dan minuman sangat penting untuk memastikan penghasilan susu berterusan. Pastikan ibu2 mengambil makanan  yang berkhasiat, minum air yang mencukupi. Elakkan makanan yang boleh memberi alahan kepada anak. Ibu yang menyusu akan cepat terasa lapar, oleh itu jangan sesekali skip makan. Minum air sebelum dan selepas mengepam. Jika perlu boleh ambil supplemen sebagai milk booster untuk membantu penyusuan seperti set menyusu shaklee.

Diharap panduan ini dapat membantu ibu2 untuk menjayakan penyusuan susu ibu. Good luck and Hepi breastfeeding!!!!

 

Whatasap / sms: 019 965 6193

Fanpage : Rahsia Ummi

Facebook: Wan Norasiah

SID : 908037

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge