Ketahui dan Kenali Kontraksi

Semua wanita yang bergelar ibu pasti akan melalui proses kelahiran dan melalui pengalaman sakit kontraksi. Tak kira bersalin normal atau pembedahan perlu melalui proses kecuali memang ibu2 dah disahkan perlu kepada pembedahan, tidak sempat merasai sakit kontraksi. Untuk makluman, kontraksi merupakan salah satu petanda bahawa proses kelahiran sudah bermula. Di sini diberikan panduan untuk ketahui dan kenali kontraksi

kontraksi

Bagaimana Kontraksi?

Kontraksi berlaku berbeza-beza. Ada yang mengalami kontraksi bermula dengan sakit belakang biasa, sakit pinggang dan lain2 lagi. Ada yang mengalami kontraksi dalam perut, seakan-akan senggugut ketika dalam haid.

Apabila kontraksi semakin kerap, catatkan selang masanya. Anda tidak perlu pergi ke hospital dengan segera melainkan kontraksi yang dialami sangat  kerap iaitu setiap lima minit, anda akan berasa sangat sakit

Ukur masa kontraksi selama sejam. Perhatikan bila masa setiap satu bermula dan berakhir. Kontraksi ini sepatutnya menjadi lebih kuat dan kerap dan berlanjutan selama sekurang-kurangnya 40 saat apabila kelahiran disahkan.

Bermula dari saat mengalami kontraksi, anda digalakkan untuk melakukan banyak pergerakan seperti berjalan perlahan-lahan. Dikatakan berjalan akan mempercepatkan kelahiran. Apabila perlu berehat, berehatlah sebentar. Apa2 pun anda tidak digalakkan untuk berterusan berbaring di katil kerana ini akan melambatkan proses kelahiran.

Dalam masa yang sama , anda turut digalakkan untuk menenangkan diri dengan mandi air suam. Namun hal in hanya boleh anda lakukan sekiranuya kantung ketuban masih belum pecah.

Kenali Kontraksi Palsu dan Kontraksi Sebenar

Jom lihat tanda-tanda kontraksi: 

Kontraksi Palsu

  • Tidak teratur atau tidak tetap
  • Sela masa tidak hampir jaraknya biarpun waktu makin berlalu
  • Sering kali lemah dan tetap berkenaan seperti itu. Anda mungkin mengalami kontraksi2 yang lebih kuat diikuti dengan kontraksi yang lebih lemah
  • Kontraksi yang dialami berhenti apabila anda berehat berjalan atau berubah kedudukan
  • Tempoh masanya pelbagai
  • Tidak mempengaruhi bukaan serviks
  • Rasa sakit yang biasa dialami hanya dirasakan pada bahagian hadapan

Kontraksi Sebenar

  • Mempunyai pola sakit yang teratur
  • Sela masa kontraksi semakin dekat jaraknya seiring dengan pembesaran saiz serviks
  • Kekuatan kontraksi bertambah seiring dengan berjalannya waktu
  • Kontraksi tetap dialami walaupun apa juga yang anda laukan
  • Biasanya berlangsung antara tempoh 30 sampai 90 saat
  • Menyebakban bukaan serviks semakin melebar
  • Rasa sakit dialami bermula dari punggung dan bergerak ke hadapan

newborn

Mungkin sukar bagi anda mmbezakan sakit kelahiran palsu dengan yang benar, terutamanya jika regangan serviks yang dialami menimbulkan rasa tidak selesa. Namun begitu, sakit kelahiran palsu tidak akan membawakan sebarang perubahn pada serviks anda.

Bagi ibu yang mengalami kelahiran anak sulung biasanya mempunyai kekeliruan dalam mengenali kontraksi ini. Bagi ibu yag dah ada pengalaman tiada masalah untuk mengecam kontraksi yang dialami palsu atau sebenar.

Sumber: pa & ma

Didoakan ibu2 semua tenang menghadapi kontraksi dan selamat bersalin

Whatsap / Sms : 019 965 6193

Fanpage : Rahsia Ummi

SID : 908037

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge