Karnival Puteri 2017 Daerah Batu Gajah / Kampar

Alhamdulillah tarikh 13 Mei 2017, pertama kalinya berpeluang  join Karnival Puteri Islam Daerah Batu Gajah / Kampar.

 

Karnival ni diadakan di Dewan Ibnu Sina SBPI Gopeng bermula 8.00 pagi hingga 2.00 petang. Terdapat 29 buah sekolah daerah kinta selatan yang menyertai terdiri daripada 12 sekolah menengah dan 17 sekolah rendah.

Perasmian di disempurnakan oleh YB Dato’ Norlee Ashilin bt Dato’ Mohd Radzi.

Acara  yang  dipertandingkan ialah:

  • Eksplorasi
  • Hidangan Masakan Tanpa Api
  • Pidato
  • Bercerita Kisah Nabi
  • Congkak
  • Pertandingan Buku Log
  • Puteri Harapan
  • Tokoh Puteri

Puteri-puteri sangat teruja dengan aktiviti yang dijalankan. Pelbagai kemahiran ditonjolkan, bakat yang terpendam dan kerjasama yang padu dari ahli kumpulan.Seramai 332 orang termasuk guru dan pelajar.

Tahniah diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa dan guru dalam menjayakan karnival ini.

Di bawah adalah gambar- gambar sekitar karnival puteri 2017..

Moga tahun depan karnival puteri lebih meriah lagi dan lebih bermakna…

2 comments for “Karnival Puteri 2017 Daerah Batu Gajah / Kampar

  1. May 23, 2017 at 2:26 am

    tempat kite nih, hehehee. sya orang kampar 🙂

    • Mrs Wan Norasiah
      May 23, 2017 at 5:00 am

      Oh yer ke…selamat berkenalan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge