Cara Tambah Berat Badan Dengan Mudah

Biasa kita dengar cara-cara nak kuruskan badan. Pelbagai promosi atau iklan produk untuk kuruskan badan. Namun kita jangan lupa ada juga yang mahukan   cara untuk tambah berat badan. Jarang kita tengok iklan untuk menambah berat badan. Sebenarnya badan yang kurus memberi kerisauan kepada  sesetengah orang. Tapi ingat kurus tak semestinya kita sakit. Apakah punca seseorang itu kurus dan cara mudah untuk menaikkan berat badan? Jom kita lihat.

set tambah berat 2

Punca kekurangan berat badan

Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan berat badan tidak naik iaitu:

1)      Penyakit

Penyakit tertentu menyebabkan penurunan berat badan , antara  penyakit yang sering dikaitkan ialah hipertiroidisma, kanser, batuk kering, kencing manis dan HIV atau AIDS. Keadaan berpenyakit ini menyebabkan  keperluan tenaga meningkat, namun pesakit tidakmampu menampung keperluan tenaga yang diperlukan. Mereka akan mengalami kurang selera makan, peningkatan kadar metabolisma, keletihan, ulser mulut, masalah pencernaan dan sebagainya.

2)      Faktor psikologi

Antara masalah psikologi yang sememangnya membawa kepada masalah berat badan ialah aneroksia dan bulimia. Tetapi, masalah psikologi seperti kemurungan lebih kerap berlaku dan menyebabkan individu mengalami kekurangan selera makan, keletihan, tidur sepanjang hari dan sebagainya.

3)      Ubat-ubatan

Terdapat ubat yang boleh menurunkan berat  badan seperti ubat penahan sakit, ubat penghalang penyerapan lemak atau menghalang metabolisme karbohidrat atau protein. Terdapat juga ubat-ubat lain yang memberi kesan sampingan seperti kekurangan selera makan, muntah, loya, cirit-birit dan sebagainya

4)      Senaman berlebihan

Rajin bersenam tetapi jika berlebihan akan menyebabkan penurunan berat badan. Ini kerana senaman yang berlebihan tanpa diseimbangi dengan keperluan tenaga. Biasanya para atlet yang menjalani latihan sukan secara brlebihan mengalami masalah ini.

5)      Kekurangan enzim

Kekurangan enzim pencernaan dan penyerapan akan mengganggu proses pencernaan dan penyerapan nutrisi makanan dan seterusnya menyebabkan gangguan pada berat badan.

6)      Faktor genetik

Faktor genetik  adalah faktor penting melibatkan kadar metabolisme.  Tidak hairanlah, apabila kita lihat kecenderungan ibu bapa yang kurus untuk mendapat anak yang juga kurus lebih tinggi berbanding ibu bapa yang bertubuh besar. Tetapi, tidak dinafikan juga faktor persekitaran dan didikan dalam keluarga boleh membantu mendapatkan berat badan yang ideal.

Risiko kekurangan berat badan?

Kekurangan berat badan berkait rapat denga kekurangan pengambilann nutrien .

  • Sebagai contoh, akibat kurang pengambilan makanan tinggi kalsium dan nutrien penting lain, individu akan mengalami kondisi tulang rapuh.
  • sistem imuniti yang rendah dan ketidaksuburan

Cara Tambah Berat Badan

  • tambah kuantiti makanan

jika biasa makan  sesenduk nasi, mungkin langkah awal dengan menamnbah 2 senduk nasi. Tetapi jangn paksa, buat secara berperingkat

  • tambah waktu makan

kalau kebiasaan kita makan 3 kali sehari, tambah kan jadi 6 kali sehari. Biasakan ada snek yang berkhasiat di dalam beg atau di pejabat atau di mana saje.

  • Makan sedikit tapi kerap

Lebih kurang cara di atas. Jangan skip makanan utama dan ditambah dengan makanan snek yang berkhasiat

  • Tambah kalori makanan secara sihat

tambahan kalori boleh dicapai dengan menambah marjerin, mentega kacang, keju, telur, tuna atau sardin pada roti sandwic. Juga boleh ditambah, dengan memasukkan minyak zaitun pada salad atau mayonis pada hirisan buah-buahan.
Kalori juga boleh ditambah dengan penggambilan susu, jus buah-buahan, yogurt dan sebagainya sebagai minuman

  • Kurangkan makanan ringan

Makanan ringan yang diambil di antara makan utama boleh mengurangka selera makan. Pastikan mencari alternatif makanan sihat yang kaya dengan nutrien bukannya kaya dengan gula dan garam

  • Teruskan bersenam

jangan takut untuk teruskan bersenam. Teruskan bersenam untuk mendapatkan badan yang sihat dan diseimbangkan dengan makanan yang sihat yang boleh mengawal kolesterol

  • Supplemen

supplemen dapat membantu menambah kan selera makan. Memberikan kesihatana yang baik. Pastikan supplemen yang mempunyai kelulusan kementerian kesihatan takut2 ada bahanm yang beracun

  • Sabar

Sememangnya sabar sangat penting untuk mencapai hasrat yang diidamkan. Proses untuk menambahkan berat badan perlu masa yang panjang bukannya proses yang singkat. Yang penting perlu berdiplin dan istiqomah dalam usaha menaikkan berat badan

Set Tambah Berat Badan Shaklee

set tambah berat badan

 meal shakes : menambah selera makan

Vitalea: multivitamin penyerapan nutrien

B complex : pembentukan DNA baru

boleh baca entri berkaitan:

kelebihan meal shakes

kelebihan vitalea

kelebihan B complex

order

Whatsap / sms : 019 965 6193

Fanpage : Rahsia Ummi

Facebook: Wan Norasiah

SID : 908037

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge