Cara Merawat Eczema Bayi

Assalamualaikum…entri pada kali ini nak cerita tentang satu penyakit iaitu eczema….ramai ibu2 yang tahu tentang penyakit ini. Hanya ibu yang ada anak mengalami eczema saje yang tahu betapa kesiannya anak2 yang mengalami masalah ini. Jom kita explore tentang eczema dan cara untuk mengatasinya.

ekzema

Apa itu eczema?

Ekzema adalah berkaitan masalah kulit. Iaitu   keadaan kulit yang kering dan gatal yang biasanya didapati pada kanak-kanak. Ekzema selalu ternampak buat pertama kali sebelum anak berusia dua tahun.

Keadaan kanak2 yang mengalami eczema seperti  kulit kering, gatal, merah dan rekah, yang kadangkala meleleh cecair dan berdarah. Ruang yang lazimnya terkena ialah tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut.

Apa faktor2  Berlaku eczema?

Sebab utama berlaku eczema belum diketahui namun, biasa berlaku dalam keluarga yang mengalami  ekzema dan asma. Boleh dikatakan factor keturunan juga.

Faktor kedua ialah bahan kimia seperti bahan pencuci dalam mandian buih, syampu, serbuk cuci dan pelembut fabric. Kulit akan mengalami merah2 jika terkena bahan ini.

Factor ketiga ialah kesan menggaru. Apabila bayi terkena eczema, biasanya mereka tidak selesa, gatal atau pedih. Ini menyebabkan mereka menggaru pada kawasan tersebut. Ini boleh menyebabkan infeksi. Keadaan ini boleh menyebabkan bertambah teruk dengan masalah lain seperti tidak boleh tidur dan sebagainya

Factor ke empat, adalah reaksi kepada bahan spesifik seperti nikel dalam barang kemas. Adalah didapati, reaksi alergi itu boleh merebak dan menjangkiti lain-lain tempat juga.

Apakah rawatan untuk eczema?

Rawatan ekzema bergantung kepada keterukannya. Jika anak anda mempunyai ekzema ringan dengan sedikit saja ruang merah dan gatal, anda mungkin hanya dinasihatkan untuk menggunakan losyen  dengan penggunaan krim rendah steroid untuk jangka masa yang pendek.

Terdapat banyak pilihan losyen atau krim di pasaran. Ibu bapa perlu mendapat nasihat doctor terlebih dahulu sebelum menggunakannya. Biasanya ibu2 perlu mencuba beberpa jenis untuk memastikan yang mana paling sesuai untuk bayi anda. Tidak semua krim di pasaran sesuai untuk anak anda. Yang pasti ia tidak melecetkan kulit bayi anda.

Adakah penggunaan steroid membahayakan anak saya?

Kebanyakan losyen atau krim untuk mengawal ekzema ini mengandungi steroid.
Walau bagaimanapun, menurut doctor, steroid adalah selamat jika digunakan secara betul. Kesan sampingan utama ialah membuat kulit jadi nipis jika digunakan bagi jangka masa panjang, tetapi tiada bukti yang penipisan ini akan berkekalan.

Apabila menggunakan krim steroid, gunakan secara minima atas ruang-ruang yang terjejas sahaja, tidak lebih dari dua kali sehari.

Langkah awal pencegahan eczema

  • Pastikan bayi diberi susu ibu. Semua maklum susu ibu adalah yang terbaik untuk antibody bayi. Seboleh-bolehnya menyusu secara eksklusif selama 6 bulan.

  • Kenalpasti makanan yang boleh menyebabkan alergi seterusnya mencetuskan ekzema

  • Kurangkan habuk di rumah. Pastikan tilam dan cadar sentiasa dicuci supaya tidak ada kutu habuk rumah. Vakum semestinya perlu dilakukan dan pengudaraan yang baik di dalam bilik tidur

  •  Pastikan pakaian bayi adalah jenis kapas yang boleh menyerap peluh. Basuh menggunakan pencuci yang tidak menyebabkan alahan pada kulit

  • Bilik yang panas boleh membuat ekzema lebih teruk, oleh itu pastikan kain-kain katil dan pakaian itu ringan dan berlapis, untuk membolehkan anda mengubahsuai suhu bayi anda dengan lebih mudah.

  • Pastikan kuku bayi pendek untuk mengelak iritasi kulit akibat menggaru.

Sumber: www.babycenter.com.my

Apakah rawatan lain yang ada?

Pilihan dari Shaklee iaitu  set eczema Shaklee. Kita berikhtiar untuk yang tersayang.

set eczema Shaklee mengandungi:

set ekzema

 

 

  • Meal shakes:- berperanan untuk membantu pertumbuhan sel kulit sihat untuk menggantikan sel kulit yang rosak

  • Omega guard: mencegah keradangan kulit dan mengurangkan kegatalan

  • Alfafa: mengurangkan alahan, gatal-gatal

  • Vitamin E: mengurangkan kesan parut

  • Esp: membantu pertumbuhan sel2 baru, cantikkan kulit

  • Herbal blend: sapuan untuk melembapkan kulit.

 

order

untuk order klik saja disini

Terlalu banyak pilihan??? Jangan susah hati. Penerangan berkaitan keperluan supplemen ini adalah percuma. hubungi saya untuk dpatlkan supplemen mengikut bajet anda. untuk berbaloi join memeber sahaja serendah Rm75.

Whatsap / Sms : 019 965 6193 ( wan )

Fanpage : Rahsia Ummi

SID : 908037

8 comments for “Cara Merawat Eczema Bayi

  1. October 21, 2015 at 3:54 am

    Alfalfa pun bagus ya…
    kalau untuk kanak-kanak…boleh ke di tumbuk dan bubuh atas kulit yang kena ekzema tu

    Artikal yang sungguh membantu

    • Mrs Wan Norasiah
      February 24, 2016 at 10:34 pm

      Jom kita sama2 kongsi ilmu

  2. February 4, 2017 at 1:22 pm

    sian pada baby yg kena ekzema

  3. December 6, 2017 at 12:15 am

    Boleh ke baby makan set eczema tu? Macam banyak je pil2.. kalau guna krim tu je boleh sembuh tak?
    Nurfarahin recently posted…RAWATAN EKZEMA BAYIMy Profile

    • Mrs Wan Norasiah
      December 9, 2017 at 11:57 am

      Untuk baby yg breasfeeding , ibu yg ambil dan sapu krim kt kulit. Kanak2 setahun ke atas baru amik set kanak2 ekzema

  4. December 17, 2017 at 7:48 am

    Alhamdulillah. saya pon pengguna herbal blend shaklee ni. bagus sgt 👍

    • Mrs Wan Norasiah
      December 18, 2017 at 3:03 pm

      Alhamdulillah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge