Cara Mengawal Kencing Manis Semasa Mengandung (Diabetes Gestasi)

Cara Mengawal Kencing Manis Semasa Mengandung (Diabetes Gestasi)

Biasa sekarang kita dengar ibu yang hamil mengalami kencing manis sedangkan sebelum hamil tiada kencing manis. Ini dinamakan Diabetes Gestasi iaitu kencing manis hanya dialami semasa mengandung.

 gestational_diabetes

Apabila ibu disahkan ada kencing manis, boleh dikatakan setiap hari atau selang sehari perlu ulang-alik ke klinik. Biasanya risiko ini lagi tinggi bagi ibu yang umur melebihi 30an.  Alhamdulillah saya mengandung ke empat2 anak tidak kena diabetes Gestasi ini.

 

Melihat kepada rakan yang mengidap diabetes gestasi ini, terpanggil untuk buat research sikit dan berkongsi petua atau cara mengawal kencing manis semasa hamil. Ada kawan saya hingga terpaksa cucuk sendiri insulin setiap hari sehinggalah bersalin.

 

Setiap orang  mempunyai pengalaman berbeza semasa mengandung. Ada yang mudah saje dari mula hingga bersalin….ada yang   diberi dugaan yang besar. Semua itu adalah ladang pahala bagi ibu untuk melahirkan anak2 syurga.

 

Adakah ibu hamil yang mengalami Diabetes Gestasi ini perlu pantang semua makanan?  Perlu tahan kelaparan ke? Jom kita lihat bagaimana mengawal diabetes gestasi supaya ibu tetap sihat dan bertenaga.

 

Diet Ibu Hamil Diabetes Gestasi

 

  1. Makan sarapan yang berkhasiat

 

Sarapan  wajib diambil bagi ibu hamil untuk memulakan hari yang panjang. Sebaik2nya ibu ambil bijirin atau roti daripada bijian penuh ditambah dengan sedikit makanan berprotein tinggi seperti telur rebus atau yogurt rendah lemak

 

Bubur juga bagus diambil kerana ia membebaskan tenaga secara perlahan-lahan dan setara.

  1. Makan pelbagai jenis makanan pada waktu siang


Makan tiga kali sehari tetapi hidangan bersaiz kecil atau sederhana. Ibu juga dibenarkan makan snek antara dua hingga empat jenis snek

  1. Makan makanan berserat tinggi

 

Makanan berserat memang sangat penting dan biasanya makanan ini mempunyai GI yang rendah. Makanan berserat tinggi dappat membantu mengelakkan tahap gula dalam darah menjadi tinggi selepas makan .

  • buah-buahan dan sayur-sayuran segar;
  • roti dan bijirin sarapan daripada bijian penuh;
  • kekacang yang dikeringkan.
  1. Makan yang lima ini

Menu yang wajib setiap hari. Pastikan anda makan sekurang-kurangnya lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari:

  • campurkan buah-buahan ke dalam bijirin sarapan atau yogurt anda;
  • tambah salad kepada sandwic anda sewaktu makan tengahari;
  • pilih dua jenis sayur-sayuran dengan hidangan waktu makan utama anda;
  • jadikan buah sebagai snek berbanding biskut atau kek.
  1. Kurangkan lemak, terutamanya lemak tepu

  • gunakan minyak zaitun atau minyak bunga matahari untuk memasak dan sebagai kuah salad;
  • gantikan mentega dengan sapuan lain yang tinggi kandungan lemak poli tidak tepu;
  • panggang makanan berbanding goreng;
  • buang lemak pada daging atau ayam.
  1. Jangan tinggal waktu makan

Cuba makan pada masa yang sama setiap hari dan pada jumlah yang sama setiap kali. Ini dapat membantu tahap gula dalam darah anda kekal stabil.

7. Jangan makan terlalu banyak makanan dan minuman manis

 

Sememangnya pesakit kencing manis perlu kurangkan atau berhenti terus pengambilan gula-gula , minuman berkarbonat atau jus buah-buahan. Makanan ini sememangnya ada gula ringkas yang mudah diserap oleh badan yang mengakibatkan peningkatan tahap gula dalam darah dengan cepat.  

Anda boleh cairkan jus buah dengan air. Campurkan kira-kira satu perempat jus dengan tiga perempat air, dan minum sekali sehari. Pada masa lain, minumlah air kosong dan minuman lain yang tidak bergula.

 

Ibu hamil perlu makan secara terkawal. Bukan bermaksud terpaksa berlapar sepanjang kehamilan. Ini akan menjejaskan perkembangan bayi dalam kendungan. Ikut segala nasihat doktor, insyaAllah akan dipermudahkan.

Whatsap : 019 965 6193

FB : Wan Norasiah

Fanpage : Rahsia Ummi

COD : Kampar – Gopeng – Simpang Pulai – Batu Gajah – Ipoh

2 comments for “Cara Mengawal Kencing Manis Semasa Mengandung (Diabetes Gestasi)

  1. August 9, 2018 at 3:40 am

    Terima kasih infonya.. betul ke kencing manis boleh berlanjutan selepas bersalin? Risau juga kan

    • Mrs Wan Norasiah
      August 9, 2018 at 6:12 am

      Sama2…ada kes berlarutan.itu sebab lps bersalin ada follow uo check up utk ibu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge