Cara Atasi Rambut Gugur Selepas Bersalin

Rambut gugur lepas bersalin? Itu adalah perkara biasa berlaku bagi ibu2. Orang tua kata bila anak dah pandai main air liur, rambut ibu akan mula gugur. Betul atau tidak bagi saya ianya hanya kebetulan saje. Kenapa ia terjadi yer??…jom kita korek apakah punca ia berlaku dan cara untuk atasi rambut gugur selepas bersalin. Moga info ini dapat membantu ibu2 mengatasi masalah yang dihadapi

rambut gugur
Punca Rambut Gugur

Sebenarnya masalah keguguran rambut adalah normal bagi ibu yang baru melahirkan anak. Jadi ibu2 tidak lah perlu terlalu takut dan risau. Ini adalah kerana semasa hamil pertambahan hormone estrogen menyebabkan tahap kesuburan rambut meningkat. Itu sebab semasa hamil rambut kelihatan lebih lebat dan sihat.

Namun selepas bersalin, ianya akan kembali normal.
Rambut akan mula gugur kira2 3-5 bulan selepas bersalin. Kira2 50% keguguran berlaku. Wanita mempunyai anggaran 100 000 helai rambut di kepala. Purata 100 helai rambut gugur setiap hari.

Bahasa mudahnya selepas bersalin rambut mengalami fasa ‘berehat’ dan sebagai memberi laluan kepada pertumbuhan rambut baru, lebih banyak rambut asal semasa mengandung akan gugur.

Selain hormon, keguguran rambut juga disebabkan keletihan dan kekurangan vitamin seperti zinc dan protein. Ibu yang kurang rehat contohnya kurang tidur sebab berjaga malam juga menjadi salah satu factor.

Cara Atasi Rambut Gugur

• Potong pendek rambut

Paling mudah potong rambut bagi pendek. Bila pendek mudah dijaga dan tidak perlu ikat. Jika rambut panjang kuantiti rambut yang gugur Nampak lebih banyak. Rambut yang yang gugur ke lantai tidak senang dilihat di mata. Kena vakum selalu. Penggunaan getah ikat rambut juga menambah lagi peluang rambut gugur

• Tukar syampu

Sebaik2 nya tidak menggunakan syampu yang mengandungi bahan kimia. Tukar kepada syampu yang menggunakan bahan semulajadi contohnya syampu yang ada green tea

• Tukar sikat rambut
Gunakan sikat yang lembut. Sikat yang keras dan kasar akan meyebabkan akar rambut tercabut.

• Tukar cara sikat rambut
Elakkan menyikat rambut semasa rambut masih lagi basah. Ini kerana kulit masih lembut, struktur lebih lebih rapuh dan mudah gugur. Rambut juga perlu disikat dengan lembut.

• Elakkan buat rawatan rambut guna bahan kimia
Rawatan rambut yang perlu dielakkan seperti kerintingkan rambut, luruskan rambut atau sebagainya. Semuanya menggunakan bahan kimia. Tunggu sehingga normal dulu

• Amalkan supplemen
Supplemen Shaklee yang dicadangkan
1. Zinc complex
2. Esp

Zinc Complex

zinc complex2
Zinc adalah mineral terbaik untuk atasi rambut gugur. Ia dapat mengukuhkan dan menguatkan akar rambut. Selain itu ia juga dapat membantu dalam membaik pulih luka selepas bersalin

ESP

esp
Semestinya esp merupakan sumber protein yang lengkap untuk kesihatan sempurna. Protein adalah sangat penting untuk pertumbuhan sel2 baru. Esp membantu pertumbuhan rambut baru. Selain itu ibu2 yang menyusu dapat bonus menambahkan lagi pengeluaran susu ibu. Banyak khasiat esp. boleh baca di sini

Harga runcit
Zinc Complex RM 33
ESP RM 150

Nak lebih murah?? Daftar saje ahli di sini. Hanya RM75 seumur hidup. Bimbingan akan diberikan.

• Jumpa doctor
Jika keguguran rambut tahap kronik, ibu2 perlu berjumpa doctor. Jangan sampai botak sudah….

Berikhtiar la sebelum terlambat. Kesihatan dan kecantikan di utamakan. Sebarang persoalan boleh hubungi saya:

Whatsap/ Sms : 019 965 6193
FB : Wan Norasiah
SID : 908037

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge