Cara Atasi Bayi Tertidur Semasa Menyusu

Bayi baru lahir memang suka tidur…sehinggakan waktu menyusu pun boleh terlena. Bayi tertidur adakah memberi petanda bahawa mereka sudah kenyang walaupun minum dalam tempoh yang singkat? Ada yang beranggapan bayi akan menangis jika lapar. Jadi apabila bayi yang tertidur itu tidak merengek ketika putting dikeluarkan daripada mulutnya, maka penyusuan tidak perlu diteruskan. Benarkah sebegitu?

bayi tidur menyusu3
Satu jam pertama sejurus bayi dilahirkan adalah waktu paling aktif dan anda amat digalakkan untuk memulakan penyusuan. Di fasa ini, bayi akan menghisap dengan aktif sebelum mula mengalami keadaan di mana dia akan kerap tertidur.

Secara purata, bayi berumur 2 hingga 3 akan tidur 16 hingga 18 jam sehari dan jumlah waktu tidur ini berkurangan mengikut perkembangan umurnya.

Sebenarnya bayi baru lahir tidak mempunyai ritma tidur yang sekata kerana kelenjar di otak belum cukup matang untuk menghasilkan hormone yang membuatkan rasa mengantuk (melatonin) dan hormone yang membuatkan rasa sedar atau berjaga (cortisol). Justeru ramai bayi yang masih belum kenyang tetapi tertidur semasa menyusu.

Terdapat 2 fasa tidur bayi iaitu active sleep dan quiet sleep. Tidur yang mudah terjaga jika sentiasa dirangsang dinamakan active sleep manakala jika bayi dibiarkan terus tidurdan berhenti menyusu dia akan masuk fasa quiet sleep. Lihat beberapa cara atasi bayi tertidur semasa menyusu.

Cara mengatasi bayi kerap tertidur semasa menyusu:

1. Kejutkan bayi – jika bayi suka tidur dalam jangka masa yang lama, ibu perlu kejutkan bayi tersebut. Sebaik2nya setiap 2 jam sekali bayi perlu menyusu. Ini kerana untuk memastikan bayi mendapat nutrisi yang mencukupi. secara tidak langsung dapat mengelakkan bengkak payu dara atau saluran kelenjar tersumbat terutamanya di minggu pertama kelahiran.

bayi-tidur menyusu

2. Urutan lembut – biasanya bayi yang suka tidur, susah nak dikejutkan. Lakukan urutan lembut dan senaman otot tangan dan kaki. Anda juga boleh bercakap dengan bayi dalam nada yang boleh mengejutkannya. Gunakan kreativiti lain seperti menyanyi riang atau berselawat apabila melakukan urutan dan senaman. Setelah bayi betul2 terjaga, usap tepi mulut bayi dengan jari untuk merangsangnya supaya mencari puting (rooting reflex). Mulakan penyusuan secepat mungkin sebelum bayi merajuk

3. Merangsang menyusu – semasa menyusu jangna beri peluang kepada bayi supaya tertidur atau masuk dalam fasa tidur active sleep. Gunakan pelbagai kreativiti untuk merangsang bayi menyusu dengan aktif. Contohnya mengurut atau menggerakkan tangan dan tapak kakinya, bercakap-akap tentang kasih saying kepadanya dan menggeletek lembut belakang atau tapak kakinya.

4. Memerah susu – apabila bayi merhenti menyusu, anda boleh menekan payu dara antara ibu jari dan beberapa jari lain seperti memerah susu. Teknik ini akan mengalirkan susu keluar ke dalam mulut bayi dan boleh merangsangnya untuk terus menghisap.

Bayi-tidur-lelap

5. Penyusuan lama – pastikan penyusuan bayi yang kerap tertidur ini lebih lama daripada bayi yang aktif menghisap. Apabila bayi kerap tertidur membuatkan susu yang diambil tidak cukup. Jika bayi tidak kenyang, ini bukan kerana ibu tidak cukup susu
Jumlah susu yang bayi terima bergantung kepada kekerapan bayi menyusu, jika kurang aktif menyusu, panjangkan tempoh penyusuan.

Untuk memsatikan bayi sudah kenyanga atau tidak, cuba tarik keluar putting perlahan2. Sekiranya mulut bayi masih membuat gerakan menghisap, teruskan penyusuan. Jiak sebaliknya, anda boleh menghentikan penyusuan.

6. Menyusu posisi berbaring – menyusu dalam posisi ini boleh membantu mengurangkan keletihan akibat penyusuan yang lama. Anda boleh berehat sambil menyususkan bayi.

Terdapat punca lain yang menyebabkan bayi sering tertidur dan tidak aktif seperti pramatang, kurang gula dalam darah, syndrome Down dan hypothyroidism. Bayi ini biasanya tidak aktif walaupun dalam keadaan jaga dan biasanya mempunyai symptom lain. Anda perlu membawa bayi berjumpa pakar untuk kepastian.

Sumber: Majalah Pa&Ma

Boleh baca juga:

1 comment for “Cara Atasi Bayi Tertidur Semasa Menyusu

  1. November 2, 2015 at 10:06 pm

    Very nice article, exactly what I wanted to find.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge