Cara Atasi Anak Kerap Demam

Berapa kali dalam sebulan anak anda demam? Adakah seiap bulan mesti mengunjungi klinik untuk ambil ubat demam. Emm…itu kalau anak sorang yer…kalau 3 orang macam saye..penuh la ubat dalam peti sebab umur berbeza. Saya nak kongsi pengalaman saya dengan 3 anak umur antara 2 tahun hingga 8 tahun. Alhamdulillah anak2 saya sangat2 jarang demam dan kalau yang bersekolah jarang sekali cuti sekolah sebab demam. Di sini saya nak kongsi beberapa cara untuk atasi anak demam.

anak demam
Selalu sangat dengar kawan2 terpaksa Cuti Rehat khas atau MC sebab anak demam. Biasanya bila ada anak 2, 3 orang…dia akan berjangkit kepada anak yang lain.Sememangnya bila anak demam ibu akan berjaga malam, anak merengek dan macam2 cabran lagi. Memang ibu2 akan risau dengan keadaan kesihatan anak2. Perkara mudah adalah membawa terus anak ke klinik dan doktor akan bagi ubat. Biasanya mereka akan diberi ubat 3 serangkai iaitu ubat demam, batuk dan selsema. Doktor pun dah tahu biasanya ia datang secara pakej

Apa kata kita katakan TIDAK kepada ubat! Banyak alternati untuk atasi demam ini selagi ia tidak kronik.

Cara Atasi Demam Dengan Cara Alami

Garlic Socks (suhu badan 37.5-38.0)

• Hanya perlukan 2 pasang stoking dan 2 ulas bawang putih yang dikupas dan diketuk
• Pakaikan stoking pertama. Stoking kedua masukkan bawang putih tadi pada kedua2 belah dan sarungkan kepada kaki anak. Pastikan posisi bawang putih di bawah tapak kaki
• Biasanya bawang putih ni tahan 6-8 jam. Dah kering gantikan dengan yang lain.
• Jangan pulak sampai melecur pula sebab bawang putih ni panas. Kena cek selalu
• InsyaAllah ia membantu menurunkan suhu badan anak dengan cepat

Suhu Tinggi ( suhu badan 38.0 ke atas)

Mandi dengan kerap
– Ramai yang salah faham bila anak demam tak perlu mandi . Sebenarnya lagi kerap mandi, lagi cepat turunkan suhu cuma cara mandi kena betul
– Guna air suam supaya tidak terkejut jika kita guna air sejuk
– Siram bermula dari bawah kaki hingga ke kepala
– Mandikan anak 5-10 minit. Jangan sampai menggigil plak
– Selepas mandi lapkan sikit2 je..biar air kering sendiri di badan

• Sentiasa lap anak dengan tuala basah
– Cara ini memang ibu2 sentiasa buat untuk elak suhu naik dengan cepat
– Selimutkan anak dengan kain basah. Kalau rajin boleh buatkan air asam jawa campur dengan bawang mera buat lumur kat kepala anak.

• Minum air masak
– Makin banyak minum, lagi bagus. Lagi bagus kalau sbelum minum, baca selawat, ayat2 syifa atau ayat2 quran

• Minum air zam-zam
– Niatkan sebelum minum agar Allah sembuhkan demam anak

• Makanan sunnah, kismis, minyak zaitun, madu
– Makanan sunnah memang sangat2 bagus diamalkan. Ianya bukan makan masa sakit sahaja, tetapi perlu sentiasa makan untuk keimunan badan disamping memberi tenaga

• Nutriferon Shaklee

nutriferon
– Nurtiferon ini adalah salah satu produk Shaklee. Ianya dalam bentuk sachet. Ini adalah supplemen semulajadi, bukan ubat. Ianya bagus untuk meningkatkan keimunan badan melawan penyakit. Di rumah saya nutriferon ni umpama pengganti paracetamol. Memang saya stand by untuk bagi pada anak bila mereka nampak murung. Cara makan nutriferon ini sangat mudah. Boleh dimakan begitu saja atau dicampurkan dalam minuman kegemaran.

• Meal shake Shaklee

mealshakes
– Meal shakes pun adalah satu produk untuk keimunan badan dan penambah selera anak2. Biasanya kalau mereka kerap demam, selera makan tiada dan seterusnya berat badan menurun.
– Meal shakes membantu ketahanan badan dan meningkatkan selera makan
– Kanak2 memang suka meal shakes ini ianya serbuk macam susu berperisa vanilla ala2 ais krim gitu. Cara minum sama ada campur dalam susu atau minum begitu saja

Namun diingatkan jika demam anak malarat perlu dibawa segera ke hospital. Jika dibiarkan takut suhu naik tinggi dan terkena sawan tarik. Pernah saya dengar jika tiba2 anak terkena sawan tarik, kena mandikan mereka segera untuk turunkan suhu.

Ketiga2 anak saya memang diberi meal shakes setiap hari tetapi nutriferon memgikut keperluan. Mereka sangat jarang demam, selsema atau batuk Alhamdulillah. Anda pun boleh cuba untuk kebaikan anak2.

Saya akan berikan penjelasan yang terperinci cara makan kedua2 supplemen ini. InsyaAllah ia membantu

Hubungi saya segera:
Whatasap / Sms : 019 965 6193
FB : Wan Norasiah
SID: 908037

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge