Bahaya Tumpah Darah

Pernahkah anda mendengar tumpah darah? Pernah tak mendengar berita kompilasi tumpah darah selepas bersalin? Saya pernah ditegur ibu semasa dalam pantang supaya jaga ibu kaki jangan tersadung mengena ke ibu jari dengan tumpah darah? Ada kaitan ke?Jom kita sama2 teroka mengenai bahaya tumpah darah.

darah

tumpah darah bergantung kepada jumlah pengeluaran darah

Apa Maksud Tumpah Darah?

Tumpah darah ialah peristiwa pendarahan selepas bersalin, dalam istilah perubatan dipanggil post-partum hemorrhage. Pada tahun 2005, 14% daripada kematian selepas bersalin di Malaysia adalah disebabkan tumpah darah.

2 jenis tumpah darah

1. Tumpah darah primer – berlaku dalam tempoh 24 jam pertama selepas kelahiran iaitu ketika anda masih lagi berada di hospital

2. Tumpah darah sekunder – berlaku antara tempoh 24 jam sehingga 6 minggu selepas melahirkan bayi. Biasanya masalah ini terjadi setelah anda selamat pulang ke rumah

Istilah tumpah darah ialah apabila berlaku pendarahan melebihi 0.5 liter untuk bersalin biasa dan 1 iter untuk bersalin secara pembedahan.

Punca Berlaku Tumpah Darah

1. Rahim tidak mengecut

Rahim tidak berupaya untuk mengecut dengan baik, biarpun sudah disuntik dengan ubat khas bagi menyempurnakan prosedur pengecutan rahim (uterine atony)

2. Uri atau cebisan uri tertinggal
Uri atau cebisan uri masih tertinggal di dalam rahim. Ketahuilah, sekiranya uri tidak dikeluarkan dengan sebaik-baiknya, pendarahan akan terus berlaku dan boleh memudaratkan diri.

3. Luka pada pangkal rahim, faraj atau saluran peranakan
Pendarahan juga berlaku akibat daripada luka besar di bahagian pangkal rahim, faraj atau sepanjang saluran peranakan.

4. Darah sukar beku
Seterusnya penyakit darah sukar beku akibat tahap sel platelet yang turut boleh menjadi punca tumpah darah. (thrombocytopenia)

5. Jangkitan kuman di dalam rahim (endometritis)

6. Wanita hamil yang mengalami anemia

Wanita hamil yang mengalami anemia (iaitu kekurangan hemoglobin tau sel darah merah) amat mudah untuk mengalaminya. Hal ini terutamanya bagi anda yang mempunyai tahap hemoglobin (Hb) kurang daripada 10.
Pada tahap yang normal, Hb anda perlu berada pada paras melebihi 11.5. Bagi yang disahkan mengalami anemia sewaktu hamil, perlu kerap memeriksa tahap Hb.

Mereka perlu mengambil vitamin khas untuk menambah darah dan seterusnya mengekalkan tahap Hb pada paras normal.
Nanti saya akan masukkan entri cara2 untuk menaikkan Hb dan bahaya Hb rendah

7. Hamil pada usia melebihi 40 tahun

8. Bersalin melebihi 5 kali
Hal ini berpunca daripada kesukaran otot2 rahim yang mengembang semasa bersalin untuk mengecut dengan baik dan sempurna

9. Kelahiran secara pembedahan caesarean
Tumpah darah boleh berlaku kepada kelahiran secara pembedahan Caesaran terutamanya yang dijalankan secara kecemasan, uri bawah yang berisiko menyebabkan uri melekat (placenta previa)

10. Tumpah darah pada kelahiran sebelumnya
Kemungkinan akan berlaku lagi tumpah darah jika telah berlaku tumpah darah pada kelahiran sebelumnya

ibu bersalin

Risiko tumpah darah

  •  Rahim perlu dibuang

Jika tumpah darah terlalu teruk, rahim mungkin perlu dikeluarkan demi menyelamatkan nyawa ibu. Namun , menerusi langkah pengesanan awal, hal ini dapat dielakkan

  • Maut

Kompilasi tumpah darah boleh menyebabkan anda berada di tahap bahaya kerana ia boleh mengundang maut

Cara pencegahan daripada risiko maut

Segera mendapatkan rawatan di hospital jika terdapat tanda2 berikut:
1. Darah keluar dalam jumlah yang banyak atau darah yang keluar berupa ketulan yang besar
2. Tuala wanita yang dipakai sentiasa basah sehinggakan anda perlu menukar tuala berkenaan setiap satu jam
3. Darah yang keluar berbau busuk walaupun jumlahnya tidak banyak. Keadaan ini biasanya berpunca daripada jangkitan kuman
4. Badan berasa lemah disusuli dengan rasa pening, pitam, berpeluh-peluh dan menggigil.

Panduan doctor

1. Sekiranya pernah mempunyai sejarah tumpah darah, pastikan anda bersalin di hospital yang dilengkapi dengan bank darah
2. Pengesanan awal adalah penting untuk mengelakkan risiko tumpah darah. Oleh itu, jalani pemeriksaan antenatal secara teratur
3. Pastikan pemakanan yang diambil adalah sihat dan seimbang. Banyakkan memakan makanan tinggi zat besi seperti kerang, hati, sayuran hijau dan jambu batu merah. Namun pada masa yang sama, anda tetap perlukan vitamin B6, B12 dan asid folik
4. Jika berlaku tanda2 awal pendarahan, segera ke hospital
5. Jangan bersalin di rumah melainkan ada bidan terlatih bersama.

Sumber:  Majalah Pa&Ma

Anda boleh juga baca:

Cara Atasi Morning Sickness
Atasi Cramp Semasa Hamil
Amalan Ibu Mengandung: Elakkan Jaundice Pada Bayi

Sebarang perkongsian maklumat boleh hubungi saya
Whatsap/Sms : 019 965 6193
FB : Wan Norasiah
Fanpage: Rahsia Ummi
SID: 908037

2 comments for “Bahaya Tumpah Darah

  1. Azrul
    October 7, 2016 at 3:22 am

    ***komplikasi
    Bukan kompilasi..tq info

    • Mrs Wan Norasiah
      November 27, 2016 at 9:42 am

      Terima kasih atas teguran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge