About Me

kak wan

Bismillahirrahmanirrahim….

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana saya diberi peluang olehNya untuk berkongsi dengan semua atas nikmat yang dikurniakan…

Saya adalah ibu kepada 3 orang anak. 2 hero dan 1 heroin. Muhammad Adam, Muhammad Irfan dan Fatimah AZ Zahra. Ada rezeki Insya Allah boleh tambah lagi…..

Suami En Roslim b Mustapha yang banyak membantu dalam pengurusan keluarga. Tambah2 saya bekerja sebagai guru…sekarang kerjaya guru sangat2 la mencabar…masa, tenaga, mental dan sebagainya.

Macam mana boleh jatuh cinta dengan Shaklee?

Saya bermula bila saya bertekad untuk menyusukan puteri saya dengan susu ibu sepenuhnya. Alhamdulillah…dengan izinNya…set menyusu Shaklee banyak mambantu saya merealisasikan impian saya. Mula hari tu dengan trial pack je…bajet!!!

Setelah saya yakin dengan produk ni ..ambil masa jugak la baru saya join member…terima kasih kepada www.celikvitamin.com  yang banyak membantu.

Pengalaman menyusukan anak dengan susu terbaik di dunia bagi ibu yang berkerja sangat membanggakan.!!!.Ingin sekali menyeru kepada semua ibu di dunia sama2 kita bagi yang terbaik untuk anak kita. Sokong susu ibu.

Maka lahirlah Rahsiaummi.com untuk berkongsi pengalaman indah ini dengan info-info yang berguna..Bermula dengan set ibu menyusu sehingga supplemen kesihatan yang lain..

Tambah pendapatan?

Yer…dengan shaklee bila kita guna produk..kita akan diberi bonus..Jom ibu2 di luar sana atau sesiapa saja jana side income…di hujung jari saja. yang penting NAK atau TAK NAK!!!!Saya dah merasai bonus shaklee anda pun boleh…

Salam sayang…ummi zahra

Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW