9 Sebab Kenapa Kita Perlu Kawal Pengambilan Gula Putih

ADA APA DENGAN GULA?
Bahagian 1

Hari ini saya nak berkongsi mengenai gula. Ini adalah topik yang saya kira agak penting untuk semua untuk ambil tahu. Gula adalah salah satu bahan asas yang wajib ada di rumah, ya atau tidak?

Selalunya kalau ada pesakit saya yang datang dengan masalah nutrisi, kulit, atau penyakit kronik, saya akan tekankan mengenai penggunaan gula terlebih dahulu. Terutama sekali gula putih, air kotak / botol / tin, dan pemanis tak berkhasiat. Ada kaitan ke dengan penyakit? Adakah semua gula sama?

Banyak nak cerita pasal gula ni. Saya akan ringkaskan supaya mudah difahami. Harap harap cukup ringkaslah.

Penting ke nak tahu ni? Macam masuk sekolah balik pula ya. Dengar macam rumit, tapi penting untuk tahu. Kalau anak tanya kenapa tak boleh minum air mengarut, boleh terangkan kat anak ☺

Apa yang menyebabkan “gula” tak bagus?

1. Gula menyebab gigi tak cantik.
Mulut kita memang banyak bakteria. Ada bakteria baik,. Ada bakteria tak baik juga. Jadi bila kita makan gula, kita akan memberikan ‘makanan’ yang mudah untuk dicerna oleh bakteria tak baik dalam mulut. Lama kelamaan akan menyebabkan gigi mereput, mulut berbau, dan lain lain.

2. Gula boleh meningkatkan risiko mendapat penyakit kronik seperti obesity, kencing manis, dan penyakit jantung.
Gula sebenarnya sangat umum. Gula yang sering kita dapat adalah dari tebu, iaitu “sucrose”. Sucrose adalah gabungan antara “glucose” dan “fructose”.

Glucose akan dicerna di dalam perut (stomach), dan memerlukan pengeluaran insulin ke dalam saluran darah untuk dimetabolize secara penuh.
Fructose akan pecah di dalam hati, dan tidak melibatkan respon insulin.

Glucose memang diperlukan oleh badan. Sekiranya tak cukup, badan akan proses sendiri.
Namun tidak pada fructose. Badan tidak memerlukan fructose. Fructose dalam jumlah yang sedikit, seperti dalam buah, akan diproses menjadi glycogen dan disimpan dalam hati, diproses kembali sekiranya diperlukan. Namun sekiranya fructose terlampau banyak, ia akan ditukar menjadi lemak. Di sinilah terjadi fatty liver, dan penyakit penyakit kronik yang lain seperti kencing manis, dan penyakit jantung.

3. Gula mengganggu kadar gula dalam darah
Kadar gula dalam darah yang tidak stabil selalu menyebabkan mood yang tak menentu, penat, sakit kepala, dan ketagih untuk lebih gula lagi. Selalunya selepas mendapatkan gula, si polan akan hilang gejala di atas. Tapi hanya sementara, dan akan terus memerlukan gula, di samping merasa lapar. Pada yang mengawal pengambilan gula pula, emosi dan mood akan lebih stabil, bertenaga secara konsisten, dan tidak ada ketergantungan pada gula.

4. Gula menggangu sistem pertahanan badan
Kajian menunjukkan gula menahan (suppress) respon sistem pertahanan badan. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menegakkan pernyataan ini, namun kita tahu bahawa gula adalah makanan pada bakteria dan yis, jadi bila mikroorganism ini menjadi lebih banyak dalam badan, akan menggangu sistem badan dan jangkitan kuman akan senang berlaku

5. Gula mempercepatkan penuaan
Gula yang dimakan, setelah masuk ke saluran darah, akan melekat dengan protein, dalam proses yang dipanggil glycation. Pembentukan struktur molekul yang baru ini menyebabkan hilangnya elastik pada yang sering dijumpai pada tisu badan yang sudah berumur, dari kulit hingga ke arteri. Lebih banyak gula dalam darah, lebih cepat proses ini berlaku.

6. Gula menggangu tingkahlaku dan pemikiran anak anak
7. Gula meningkatkan stress

8. Gula mengambil alih tempat nutrisi yang penting
Menurut data USDA, siapa yang ambil gula yang banyak, mempunyai kadar nutrisi penting yang kurang, terutamanya vitamin A, vitamin C, folate, vitamin B-12, calcium, phosphorus, magnesium dan zat besi. Dalam masa yang sama, nutrisi ini lah yang paling diperlukan oleh remaja dan kanak – kanak.

 

9. Gula boleh menyebabkan ketagihan
Disebabkan ia meningkatkan pengeluaran dopamin yang banyak di dalam otak, ia menyebabkan ketagihan

Cukup untuk bahagian 1. Nanti kita sambung.

Kredit

Dr. Aimi Jaafar
Klinik Taqwa Bangi
011-55167293 / 016-2894717

  • https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5133084/
    https://www.healthline.com/nutrition/10-disturbing-reasons-why-sugar-is-bad
    https://www.diabetesdaily.com/blog/2014/09/white-sugar-vs-fruit-sugar-theres-a-big-difference/
    https://www.huffingtonpost.com/2013/06/29/fruit-sugar-versus-white-sugar_n_3497795.html
    Wolraich, M.L., Wilson, D.B., White, J.W, “The effect of sugar on behavior or cognition in children. A meta-analysis.” JAMA, 274 (20), 1995, pages 1617-21.
    Schoenthaler, S.J., Doraz, W.E., Wakefield, J.A., “The Impact of a Low Food Additive and Sucrose Diet on Academic Performance in 803 New York City Public Schools.” International Journal of Biosocial Research, 8(2), 1986, pages 185-195.
    Bowman, S.A., “Diets of Individuals Based on Energy Intakes From Added Sugars.” Family Economics and Nutrition Review, 12(2), 1999, pages 31-38.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge