5 Tips Menyimpan Wang Walaupun Dalam Keadaan Kos Sara Hidup Yang Tinggi

5 Tips Menyimpan Wang Walaupun Dalam Keadaan Kos Sara Hidup Yang Tinggi

Pagi dapat gaji, petang dah habis???Usahkan nak menyimpan, nak belanja pun tak cukup. Pernahkah anda mengalami situasi begini??? Senario begini bukan hanya berlaku kepada anda seorang, mungkin ramai juga yang menghadapi masalah yang sama.

duit gaji

Merujuk kepada majalah Generasi Pengguna, saya ingin kongsikan tips menyimpan wang secara konsisten. Entri kali ini insyaAllah boleh menjawab beberapa soalan yang biasa diutarakan..

Macam mana nak menyimpan, jika….

Gaji cukup-cukup makan je…

‘Tidak sampai setengah bulan, poket dah kering…’

‘tunggu senang sikit atau ada lebih….baru simpan..’

Pada tahun 2012, Visa telah menjalankan kajian Celik Kewangan terhadap 900 orang peserta di Malaysia. Hasil kajian menunjukkan seorang daripada 5 orang responden tidak mempunyai simpanan langsung, manakala lebih 70% responden yang tidak mempunyai simpanan kecemasan lebih dari 3 bulan.

Antara alasan yang diberikan mengapa mereka tiada simpanan ialah:

  1. Berpendapatan rendah

Lebih 2.7 juta rakyat Malaysia mempunyai pendapatan di bawah RM2 500 dan gaji minimum Malaysia ialah Rm900. Pendapatan ini hanya cukup untuk menampung keperluan asas keluarga sahaja. Tambahan lagi bagi yang tinggal di bandar, membuat simpanan agar sukar bagi mereka. Namun begitu, lebih menakutkan lagi apabila golongan ini tidak mempunyai kesedaran tentang kepentingan menabung untuk menjamin masa  hadpan mereka.

Tip bagi golongan ini:

Berbincang dengan ahli keluarga dan mula mencatat perbelanjaan harian keluarga, tetapkan matlamat kewangan termasuk simpanan, pendidikan, persaraan dan sebagainya.  Pertimbangkan untuk bekerja lebih masa atau menjalankan perniagaan dari rumah.

  1. Kurang kesedaran tentang pengurusan kewangan

Ramai yang tidak ada kesedaran tentang pentingnya ilmu pengurusan kewangan. Pengetahuan tentang pengurusan kewangan adalah ilmu yang perlu dipelajari. Ia perlu dipraktikkan bagi membina jaminan dan kesejahteraan kewangan pada masa hadapan. Contohnya anda perlu mempelajari bagaimana menguruskan perbelanjaan dan hutang,  pendidikan anak2 dan peruntukan untuk persaraan dengan bijak

 

Akhbar sering memaparkan berita tenang penipuan skim pelaburan cepat kaya dan sebagainya. Mangsa penipuan ini terdiri daripada golongan profesional dan mempunyai tahap pendidikan yang tinggi. Hal ini menunjukkan pengetahuan kewangan tidak mengenal latar pendidikan seseorang. Ia perlu dipelajari oleh semua lapisan dan latar belakang masyarakat

 Tip bagi golongan ini:

 

Anda boleh mengakses maklumat dan mempelajari ilmu pengurusan kewangan dari pelbagai sumber, secara atas talian atau menghadiri mana-mana kelas yang diadakan secara percuma  sekiranya seperti  yang disediakan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Anda juga perlu mengambil inisiatif untuk menyelidik segala maklumat yang diperoleh, terutama ilmu pelaburan. Sekiranya anda kurang faham dan tidak pasti, tanyakan soalan atau dapatkan bantuan daripada profesional yang boleh dipercayai.

  1. Mempunyai hutang berlebihan

Salah satu sebab mengapa orang tidak boleh membuat simpanan disebabkan mempunyai hutang yang berlebihan. Sekiranya hutang tidak dapat dikawal dengan sebaik-baiknya, ia akan mengakibatkan anda jatuh muflis

 

Tip yang boleh anda lakukan

 

Uruskan semula hutang2 anda. Senaraikan hutang mengikut jumlah yang paling besar hingga paling sedikit. Kenal pasti kadar faedah yang anda perlu bayar dan caj2 lain yang bakal dikenakan sekiranya anda lambat menjelaskan bayaran. Ambil langkah untuk menyelesaikan jumlah hutang yang paling rendah terlebih dahulu dan kadar faedah yang tinggi. Jangan menambah hutang yang baru. Cuba membuat simpanan sedikit demi sedikit dalam akaun simpanan.

  1. Menangguh dalam simpanan

Sikap bertangguh dalam membuat simpanan akan merugikan anda. Simpanan perlu dimulakan pada usia muda dan dilakukan setiap bulan. Contohnya anda menyimpan RM100 sebulan selama 25 tahun dengan faedah 3% setahun, maka jumlah terkumpul akan diperoleh sebanyak RM44 712. Sebaliknya jika anda membuat simpanan yang sama selama 15 tahun, jumlah terkumpul akan diperoleh sebanyak RM22 754.

 

Tip yang boleh anda lakukan

 

Mulakan simpanan seawal yang mungkin. Peruntukkan simpanan anda setiap bulan secara konsisten. Buat simpanan dan gunakan faedah kompaun dan faedah yang diperoleh pada tahun berikutnya disimpan pada tahun akan datang.

 

  1. Silap tanggapan terhadap penjimatan yang sebenar

Lazimnya anda akan melihat kenderaan yang beratur di stesen minyak untuk mengisi petrol pada malam sebelum kenaikan harga minyak. Mereka percaya, petrol dapat dijimatkan apabila mengisi penuh tangki sebelum harga dinaikkan. Sepatutnya anda perlu menumpukan kepada perkara yang besar yang boleh dijimatkan

 

Tip penjimatan petrol yang boleh dilakukan:

Pandu kenderaan secara berhemah dan menetapkan had laju pada kadar sederhana. Jika anda memecut laju, lebih banyak petrol akan digunakan. Keluar kerja pada awal pagi dan elakkan waktu2 kesesakan.

Periksa juga angin tayar dan kenderaan tidak membawa lebih muatan. Pertimbangkan juga untuk menggunakan kenderaan awam seperti komuter, LRT dan sebagainya. Sekiranya langkah penjimatan ini benar2 dilakukan, tentu ia akan menjimatkan perbelanjaan bulanan anda

setelah meneliti alasan2 dan sedikit tip untuk anda menangani masalah, maka anda boleh memulakan kehidupan yang baru dan menetapkan matlamat kewangan anda. walau bagaimanapun, matlamat kewangan terletak di tangan anda dan perlu berdisiplin dengan keputusan yang telah anda buat.

Anda ada idea lain untuk mengukuhkan lagi simpanan di hari tua…jom sharing

whatsap: 019 965 6193

FB : Wan Norasiah

Fanpage: Rahsia Ummi

COD: Kampar – Gopeng – Simpang Pulai – Batu Gajah – Ipoh

2 comments for “5 Tips Menyimpan Wang Walaupun Dalam Keadaan Kos Sara Hidup Yang Tinggi

  1. October 5, 2015 at 2:16 pm

    saya suka tips no 3…senaraikan hutang yang paling tinggi amaunnya kepada yang paling rendah

    • Mrs Wan Norasiah
      October 5, 2015 at 10:44 pm

      betul…orang yang kaya ialah orang yang tiada hutang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge