11 Kaedah Mencegah Kehamilan Mengejut

Kehadiran cahaya mata memang sangat dinantikan setiap pasangan suami isteri. Anak ibarat permata hati yang mampu menyimpul erat ikatan kasih sayang antara suami isteri. Walau bagaimana pun kelahiran anak yang terlalu rapat mungkin boleh mengundang pelbagai masalah sampingan dalam rumahtangga. Bahkan ada kalanya menjadi punca perbalahan dan ketegangan dalam sesebuah keluarga.

family-planning
Oleh itu seelok2nya kelahiran anak dirancang megikut taha kekuatan psikologi dan kestabilan ekonomi pasangan suami isteri. Jarak yang sesuai antara satu anak dengan anak yang lain mampu memercik keharmonian dalam rumahtangga. Ikuti serba ringkas tentang kaedah boleh digunakan bagi menjarakkan kelahiran.

Tapi perlu diingat, kita hanya berikhtiar, Allah jua yang Maha Berkuasa menentukan segala-galanya. Jika dah ditakdirkan isteri hamil, itu adalah rezeki daripada Allah dan kita tidak tahu mungkin itu yang terbaik untuk kita.

11 Kaedah Mencegah Kehamilan Mengejut

1. Semulajadi

calendar subur

Ini adalah kaedah pencegahan kehamilan secara semulajadi. Elakkan hubungan kelamin pada waktu subur iaitu pada hari ke 8 hingga ke 24 jika kiraan haid adalah 28-35 hari. Namun kaedah ini mendatangkan masalah bagi pasangan kerana terikat dengan waktu2 tertentu dan waktu untuk bersama tidak panjang

Selain itu boleh mengesan waktu subur melalui perbezaan cecair yang keluar dari faraj. Ketika subur, cecair yang keluar bertukar dari warna putih pekat kepada lendir jernih.

Ia disebabkan peningkatan hormon estrogen. Sperma mudah masuk pada waktu ini. Masa ini juga suhu badan akan naik sebanyak 0.50 dan boleh dikesan menggunakan thermometer ovulasi pada waktu bangun pagi

2. Pil perancang keluarga

pil

Kaedah ini sangat popular di kalangan wanita. Pil ini dimakan setiap hari bermula hari pertama kitaran haid hingga hari ke 21 dan diikuti 7 hari rehat. Jika wanita mengambil pil ini dengan betul, keberkesanan menggunakan kaedah ini untuk mengelakkan kelahiran amat tinggi iaitu 99.9%

3. Suntikan

suntikan

Kaedah ini menggunakan hormone progesterone dan disuntik setiap 2 bulan bergantung kepada hormone yang digunakan. Ia mengelakkan pengeluaran telur dari kilang ovary di samping mengakibatkan lendir yang pekat. Namun wanita yang menggunakan kaedah ini boleh mengalami pendarahan yang tidak menentu.

4. Alat dalam rahim

Kaedah ini telah digunakan sejak 60-an lagi. Alat ini dimasukkan ke dalam rahim oleh doctor terlatih dan tidak mendatangkan banyak masalah kepada pengguna. Ia boleh digunakan selama 3 hingga 5 tahun bergantung kepada jenis yang digunakan. Kaedah ini boleh menghalang kehamilan lebih kurang 98%

 

5. Kaedah halangan

Kaedah ini menggunakan kondom. Namun kaedah ini tidak efisyen kerana kesannya hanya 60 – 80% sahaja jika digunakan dengan betul.

6. Implan

implan

Implan adalah alat perancang yang mengandungi progesterone yang dimasukkan ke bawah kulit di bahagian dalam lengan. Ia boleh dipakai selama 3 hingga 5 tahun serta mempunyai keberkesanannya mencecah sehingga 99%

7. Sterilisasi
Ini adalah kaedah kekal untuk wanita dan lelaki. Saluran Fallopio wanita akan diikat atau dipotong bagi mengelakkan perjalanan ovum atau sperma. Vasektomi pula untuk lelaki. Pembedahan kecil dilakukan yang mana saluran vas deferens dipotong sedikit dan diikat

8. Penyusuan ibu
Wanita yang menyusu sepenuhnya boleh mencegah kehamilan sehingga 6 bulan selepas bersalin jika haidnya masih belum dialami. Jika penyusuan dihentikan atau wanita telah mengalami haid semula, kaedah pencegahan hamil yang lain perlu digunakan

9. Spermisida faraj
Ia dijual dalam bentuk krim, aerosol, supositori atau tablet. Ia mempunyai bahan kimia yang boleh membunuh, merencat pergerakan sperma dan mengurangkan keupayaan sperma bersenyawa dengan telur
Spermisida perlu dibiarkan di dalam faraj selama 6 hingga 8 jam tanpa dibasuh selepas hubungan seks untuk memastikan semua sperma mati. Namun keberkesanannya kurang diyakini

10. Penghalang serviks
Ia hampir serupa dengan diafram. Ia diguna bersama dengan spermisida . Kaedah ini tidak digalakkan kerana risiko kejadian sindrom kejutan toksik yang boleh menghasilkan bau dan lendiran yang busuk

 

11. Instrauterin (IUD)

iud
Alat berbentuk ‘T’ dimasukkan ke dalam rahim oleh doctor bagi mengganggu pergerakan sperma dalam ruang uterin. Dianggarkan antara 3 hingga 5 peratus wanita akan mengalami kehamilan yang tidak dirancang dalam tahun pertama

Petua tradisi jarakkan kelahiran

cara tradisi
Ambil lengkuas dan halia sebesar ibu jari, 10 biji lada hitam dan ¼ keping ragi. Tumbuk bahan ini hingga halus dan campurkan ke dalam segelas air panas.

Tapis dan asingkan bahan tersebut, dapatkan airnya sahaja kemudian campurkan sedikit air limau nipis serta sdikit garam

Minum bancuhan ini sebulan skali sebelum tidur. Sekiranya anda mengandung, elakkan meminum air ini kerana boleh menyebabkan keguguran.

sumber; majalah Pa&Ma

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge