10 Pilihan Cara Simpanan Susu Perahan

Hari ini kesedaran tentang penyusuan susu ibu sangat tinggi. Masing2 ibu berusaha gigih untuk menjayakan penyusuan susu ibu. Terdapat pelbagai infomasi, tips, petua dan sebagainya untuk membantu ibu2. Susu ibu adalah susu terbaik di dunia.Hari ini saya ingin berkongsi tentang 10 pilihan cara simpan susu perahan.

stok susu perahan
stok susu perahan

Bagi ibu2 yang berkerja, sememangnya perlu buat stok susu perahan untuk bekalan kepada bayi semasa mereka keluar bekerja. Bekalan ini akan dibawa ke nursery untuk keperluan bayi.

Terdapat pelbagai bekas penyimpanan perahan susu ibu di pasaran sekarang.
Pemilihan bekas penyimpanan perahan susu ibu sangat penting. Ini kerana ia turut mempengaruhi kesegaran serta tempoh jangka hayat simpanan susu perahan itu nanti.

10 pilihan cara simpanan susu perahan

1. Botol kaca adalah pilihan terbaik untuk menyimpan susu beku kerana komponen susu berada dalam keadaan lebih baik. Namun cara pengendaliannya mungkin susah berbanding botol plastic

2. Pilihan kedua terbaik pula adalah botol plastic yang lebih keras dan jernih

3. Para ibu gemar memiliki botol plastic kerana ia lebih mudah. Tambahan pula kebanyakan pusat penjagaan kanak2 tidak menerima penggunaan botol kaca kerana ia berisiko

4. Pilihlah botol yang memiliki penutup kedap udara yang ketat dan mudah digunakan

5. Agar mudah untuk membawa botol2 simpanan susu perahan itu ke mana2, simpanlah botol2 tersebut di dalam sebuah beg khusus

6. Dalam memastikan kesegaran agar susu tidak rosak, beg tersebut perlu diisi dengan pek ais khusus untuk mengekalkan suhu sejuk susu simpanan tersebut

7. Dalam kes tertentu beg penyimpanan susu ini juga boleh menimbulkan masalah seperti susu tertumpah. Jadi para ibu perlu memilih beg yang betul2 efektif

8. Hari ini, kebanyakan syarikat pengeluar pam susu ibu turut menyediakan beg penyimpanan susu yang sangat mudah untuk digunakan dan plastik simpanan susu yang lebih tebal. Namun, harganya mungkin sedikit mahal

9. Untuk langkah lebih selamat, sarungkan plastic nipis pada setiap botol simpanan itu sebelum diletakkan di dalam beg bagi menangani masalah kebocoran atau tertumpah

10. Penggunaan botol simpanan susu ibu yang berwarna adalah tidak digalakkan kerana bimbang sebahagian daripada pewarnanya luntur dan memasuki susu

plastik simpanan susu
plastik simpanan susu

 

Soal jawab tentang susu perahan

1. Bolehkah susu lebihan disimpan semula?

Susu perahan yang telah disediakan untuk diberikan terus kepada bayi perlu dihabiskan dalam tempoh satu hingga dua jam. Jika bayi anda tidak menghabiskannya dalam tempoh tersebut, susu lebihan perlu dibuang.

2. Bagaimana mengetahui susu yang mana harus digunakan dahulu?

Anda perlu sentiasa melabelkan susu mengikut tarikh dan masa susu diperah. Kemudian anda perlumenggunaan susu yang mula2 diperah terlebih dahulu. Jika anda membekalkan susu perahan ibu kepada pusat asuhan anak anda, nama anak anda perlu ditulis dengan jelas agar botol tidak brrcampur dengan botol kanak2 lain.

3. Berapa banyk susu perahan perlu disimpan dalam setiap botol?

Bagi para ibu yang mempunyai anak berusia 6 minggu ke bawah, simpanlah susu dalam jumlah yang sedikit untk setiap botol. Sebaik-baiknya simpan susu sebanyak 1 – 2 oz dalam setiap botol. Kaedah ini boleh memendekkan masa untuk proses pemanasan susu disamping dapat mengelak pembaziran susu.
Apabila bayi semakin membesar, susu boleh disimpan mengikut jumlah penyusuan serta kekerapan bayo anda menyusu.
Tetapi adalah lebih baik jika anda menyimpan dalam jumlah yang sedikit dala setiap botol. Ada akalanya bayi tidak minum banyak atau mungkin boleh memberikannya secara langsung apabila anda berada di sisinya sekembalinya dari tempat kerja.
Sumber: Pa&Ma
Boleh juga baca tentang:
Pengalaman saya dalam penyusuan ibu
Set menyusu Shaklee

Sebarang perkongsian boleh hubungi saya:
Whatsap/Sms : 019 965 6193
Fanpage: Rahsia ummi
SID: 908037

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge