10 Cara Merangsang Motivasi Dalam Diri

10 CARA MERANGSANG MOTIVASI DALAM DIRI

Assalamualaikum.

Ada yang rasa tak de mood pagi2 ni😂😂

Mari saya berkongsi beberapa tip ringkas untuk meningkatkan motivasi diri di kala gundah dan kurang bertenaga:

 

Kata Perangsang Kendiri Setiap Hari

Anda boleh membeli buku khas berkaitan kata-kata perangsang kendiri atau pun mengungkapkan apa-apa sahaja untuk member keyakinan kepada diri setiap hari.

 

Puji dan sanjunglah diri anda. Jangan asyik memandang rendah dan memperlekeh sahaja. Contohnya, anda menyebut kepada diri sendiri: “Saya berasa sungguh hebat dan yakin!”, “Saya sememangnya seorang yang mengangumkan!”, atau “Tidak kira apa orang kata, saya seorang yang berdedikasi, berdisiplin dan kuat bekerja.”

 

Membaca Al-Quran Beserta Maksudnya

Al-Quran sarat dengan kata-kata perangsang dan inspirasi. Dengan membaca al-Quran dan menghayati maksudnya, kita seolah-olah sedang “berbicara” dengan Allah, dan pastinya Allah tidak akan pernah menzalimi kita.

 

Apabila menghayati bacaan al-Quran hati kita akan “memproses” kalimah terbaik yang wujud di dunia. Minda dengan perkataan yang terbaik pasti akan memberikan emosi dan pemikiran yang baik.

 

Memberi Ganjaran Kepada Diri Sendiri

Setiap kali anda berjaya melakukan perkara yang diingini, berilah ganjaran. Tidak kira mahal atau murah, yang penting ia dapat mengganjari kejayaan anda.

 

Contohnya, setiap kali anda dapat capai target,misal kata dapat 2500uv bulan tersebut, belanjalah diri sendiri tudung atau baju yg anda mmg minat selama ini.Kalau ⁨ada yang minat Bokita gituuu..so beli tudung bokita..ataupun beli vivix untuk diri sendiri. Ini bukti anda menghargai kejayaan diri sendiri.
Sempurnakan Tugasan
Jika dibiarkan sesuatu urusan terbengkalai, ia amat “menyeksa” keyakinan diri sendiri. Ini bukan bermakna anda tidak boleh menangguhkan kerja, tetapi jangan sampai berasa malu untuk memikirkan perjuangan yang tidak selesai itu. Biarpun sesukar mana caranya, carilah jalan untuk menyempurnakannya.

 

Dapatkan pendapat atau komen daripada orang lain

Untuk keyakinan diri, mintalah daripada orang yang tidak banyak karenah dan mudah menghargai usaha orang lain. Ini akan dapat meningkatkan rasa diri dan keyakinan.

Namun, jika ingin mendapatkan kritikan dan komen negative, bertanyalah kepada mereka yang cerewet dan kritikal untuk pendapat mereka.

 

Sentiasa mengambil peluang untuk meningkatkan diri sendiri

Jika kursus, seminar, bengkel, ceramah dan sebagainya diadakan, cubalah ambil peluang untuk menyertainya. Ini akan meningkatkan rasa diri dan keyakinan terutamnaya apabila anda dapat mempelajari sesuatu kemahiran baru dan menyiapkan tugasan dengan kemahiran tersebut. Ia cukup memuaskan jiwa anda!
Alasan peribadi anda adalah yang terbaik

Walau seindah mana sekalipun alasan orang lain supaya anda bermotivasi, namun alasan anda sendiri adalah yang terbaik. Orang lain membuat alasan tanpa benar-benar memahami diri anda. Andalah yang paling layak untuk memotivasikan diri sendiri, lebih-lebih lagi ketika sedang melalui saat-saat sukar dan genting.

 

Ramai orang sudah berjaya melakukannya

Kata-kata ini adalah untuk membuang rasa takut dan bimbang dalam tugasan harian. Membuat perancangan untuk mencapai title Master Coordinator Shaklee bukanla plan hari ni bulan depan dah capai, tetapi bukankah sudah ramai yang telah berjaya melakukannya? Macam Master Adilah dan Master Fahmy kita..Jika mereka boleh, mengapa tidak kita?

Just Do It!

 

Jangan takut melakukan kesilapan

Lakukan sesuatu untuk sentiasa mara ke hadapan. Bahkan Islam juga menyuruh manusia meningkatkan hidup mereka. Namun demikian, tugas sebagai khalifah di muka bumi jauh lebih tinggi daripada itu. Oleh sebab itu, jangan takut untuk melakukan kesilapan kerana ia proses biasa untuk meningkatkan keupayaan hidup.

 

Tidak salah untuk melakukan kesilapan, tetapi adalah salah apabila tidak belajar daripada kesilapan. Jangan ulangi kesilapan sama, tetapi renunglah kesilapan supaya kita tudak melakukan kesilapan yang sama berulang kali😍

 

Senaraikan Objektif Kejayaan Yang Ingin Diraih

Tanya kepada diri tentang tujuan sesuatu kejayaan itu ingin diraih. Kenapa anda melakukan perkara tersebut? Kenapa anda bekerja bersungguh-sungguh? Kenapa perlu melakukan kerja lebih masa? Kenapa ia penting untuk kejayaan hidup saya?

 

Tuliskan semua alasan tersebut dari aspek keluarga, majikan atau diri sendiri. Kemudian, bandingkan alasan orang lain dengan alasan peribadia anda.
Ok..ada 10 cara untuk kita merangsang motivasi diri sendiri di atas..so selamat beramal ye..🛍🛍

Kredit: Nur Hidayah Ahmad

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *